BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

MICROSOFT EXCEL

Hai kawan2......
Kali ni saya nak ajarkan anda tentang bagaimana caranya merekodkan markah para pelajar sekolah dengan menggunakan microsoft excel..
JOM BELAJAR!!!!!!!!

Langkah 1:
Klik microsoft office pada paparan start menu komputer anda.















Langkah 2:
Kemudian,klik pada microsoft office excel 2007.














Langkah 3:
Setelah laman microsoft excel dibuka,anda hendaklah mengisi beberapa maklumat pelajar seperti nama pelajar,subjek,markah dan gred.














Langkah 4:
Sebelum mengisi gred bagi markah pelajar,anda terlebih dahulu dikehendaki membuat jadual gred di sebelah paling kanan maklumat pelajar anda seperti yang tertera pada gambar.
Cara yang pertama ialah,highlight jadual yang telah anda bina dan klik butang formula.
Kemudian,klik pula pada butang define name untuk menamakan jadual gred tersebut.
Taipkan perkataan gred pada ruangan name yang diberi.
Kemudian klik ok.














Langkah 5:
Setelah menamakan jadual gred tadi,kini,boleh lah anda memasukkan gred para pelajar anda.
Caranya ialah,klik pada ruangan sebelah markah kemudian klik butang formula.
Seterusnya,klik insert function di sebelah atas kiri paparan komputer anda.
Klik vlookup dan klik ok.














Langkah 6:
Seterusnya,klik pada markah yang berada di sebelah ruangan gred tadi.
Isi perkataan gred di petak table_array.
Kemudian,isikan nombor 2 di ruangan col_index_num.
Selepas itu, taipkan perkataan true pada ruangan range_lookup dan selepas itu klik ok.














Langkah 7:
Bagi meneruskan penentuan gred markah para pelajar yang di bawahnya,anda hanya perlu menghighlightkan ruangan yang telah diberi gred sehingga ke markah yang terakhir.
Dengan itu,gred bagi setiap markah bagi subjek itu akan keluar.














Langkah 8:
Isikan kesemua maklumat gred pada subjek-subjek yang lain mengikut langkah2 tadi.














Langkah 9:
Kini,cara untuk mendapatkan bilangan pelajar yang mendapat gred A,B,C,D dan E.
Klik pada ruangan kosong di sebelah Gred A,kemudian klik fx dan pilih countif.














Langkah 10:
Sila lengkapkan ruangan range dengan klik pada gred sehingga muncul garisan putus2 dan tetapkan menariknya pada gred yang terakhir.
Pada ruangan Criteria pula,masukkan gred yang hendak dijumlahkan,contohnya "A".
Selepas itu klik ok.














Langkah 11:
Ulang langkah yang sama bagi mendapatkan jumlah gred yang seterusnya.

MICROSOFT POWER POINT

Kawan-kawan,adakah anda tahu menghasilkan power point yang mempunyai pautan?? Saya yakin,pasti ada dalam kalangan anda yang masih belum mahir menghasilkannya. Justeru,saya akan menerangkan langkah-langkah menghasilkannya.. JOM.......


Langkah 1:
Klik pada start menu




















Langkah 2:

Klik pada microsoft power point.













Langkah 3:
Kemudian klik view pada paparan di hadapan anda.












Langkah 4:
Kemudian klik pada slide master.















Langkah 5:
Anda dikehendaki memilih slide-slide utama yang anda mahu.
Anda boleh la menghias slide anda dengan memasukkan design samada diambil pada design atau anda boleh uploud daripada komputer anda.
Kemudian,klik pada close master view.















Langkah 6:
Sekarang,anda boleh menaip apa-apa yang anda kehendaki pada slide-slide yang telah anda pilih di slide master tadi.















Langkah 7:
Anda mahu buat pautan kan??
Mula-mula,anda perlu copy slide yang anda mahu pautan padanya.
Selepas itu, anda perlu klik pada butang slide show untuk set slide show anda.















Langkah 8:
Kemudian,klik pada set up slide show.















Langkah 9:
Anda dikehendaki memasukkan nombor-nombor slide utama anda ( tidak termasuk nombor -nombor pada pautan anda ) pada ruangan yang telah dibulatkan.
Selepas itu,klik ok.















Langkah 10:
Ok....
Sekarang kita buat pautan ye...
Mula-mula,anda perlu highlight perkara yang anda ingin pautkan.
Kemudian,anda klik pada butang hiperlink.















Langkah 11:
Seterusnya,klik pada place in this document.















Langkah 12:
Klik la pada nombor slide pautan anda kemudian klik ok.
Ulang langkah yang sama pada baki pautan yang anda ingin buat.