BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 26, 2011

Sekali Lagi Aku Belajar...

Salam buat kawan2..
Hari ni, hari Rabu yang penuh sejarah dalam hidup ak..

Peristiwa dalam kelas Hubungan I
nsan tadi x akan ak lupakan selamanya..
Banyak yang ak pelajari, banyak yang ak sedari rentetan daripada peristiwa itu..

Mungkin ak yang bersalah....

Pertama kali dimalukan sebegitu rupa..

Terima kasih kepada pensyarah tu..

Terima kasih kerana telah menjatuhkan harga diri dan air muka ak di khalayak ramai..

Usah lah menyebut istilah HUBUNGAN INSAN kat depan ak sebab ak lebih tau makna tersirat disebal
iknya berbanding dia yang bergelar Dr..
Berhentilah menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan andai diri sendiri x mencontohkan perilaku yang sewajarnya..
Memang sedih atas apa yang berlaku..

Malu sangat2...

Tapi pe
ristiwa tadi memberikan ak 2 pengajaran yang orang lain x dapat dalam kelas td..
Yang pertama, menghormati per
asaan orang lain dan jaga aibnya..
Masa kene hentam tadi, hati ak ni rase sakit sangat..

Waktu tu terfikir secara ttb bahawa ini lah yang akan dirasai oleh anak2 murid ak sekiranya ak malukan mereka di hadapan sahabat2nya..

Rasanya x sama macam luka akibat jatuh basikal..

Malunya x sama macam tergagap ketika be
rpidato di atas pentas besar yang disaksikan menteri..
Justeru, dalam kesedihan tadi, ak berazam untuk menjadi seorang guru yang peka terhadap perasaan anak didik ku...

Bukan sahaja sebagai guru, malah sebagai manusia di atas muka bumi ni, ak harus menghormati dan
menjaga maruah orang lain sebagaimana ak menjaga harga diri ku..
InsyaAllah..

Ingatkan ak kalo ak terlupa untuk melaksanakannya...


Yang ked
ua...
Peristiwa tadi telah menyedarkan ak bahawa usia perkenalan yang lama dengan sahabat kita x menjamin bahawa dia memahami, mengenali dan menghargai kita sebagai seorang sahabat..
Tatkala ak dilanda kesedihan, tatkala ak sedang berhempas pulas mengawal emosi dan perasaan kat dewan kuliah tu tadi, sememangnya ak mengharapkan kata2 semangat darinya sebagai seorang sahabat yang paling hampir dengan ku..
Namun, dia seolah2 x mengerti apa yang ak sedang lalui di saat tu..

Berulangkali ak suarakan kepadanya bahawa ak rasa malu saat tu..

Berulang2 kali ak bisikkan namanya untuk meminta sedikit kekuatan...

Namun tiada reaksi daripadanya..

Tatkala ak mengeluarkan tisu untuk mengesat air mata lantaran kekalahan ku dalam mengawal perasaan, dia pandang tanpa rasa..

Hanya sekila
s pandang, mungkin..
Lalu ak bertanya..
" Ko x rasa sedih ke tengok ak diperlakukan mcm ni"
Ak memandang matanya..
Dia diam x bersuara, hanya senyum sumbing terlihat dibibirnya..

Ya Allah...

Tiada kata2 pujukan dari
bibirnya sebagai sahabat..
Tiada langsung sentuhan pujukan untuk mengalirkan kekuatan..

Tiada rasa simpati dari
pada ekor matanya..
Tidak tercuitkah walau secebis cuma
kat dalam hati kau wahai sahabat..

Ak beranggapan bahawa dia akan menunjukkan sedikit simpatinya di akhir kuliah itu..
Tapi, dia x berkata apa2 kepada ku..

Maka...
Ak berlalu meninggalkan dewan kuliah tu dengan kekuatan yang ak bina tanpa sahabat sepertinya...

Melangkahkan kaki dengan seribu satu rasa malu yang x terhingga...
Dengan seribu satu rasa kecewa...
Barulah ak kenal siapa dirinya yang selama ini ak anggap sahabat setia susah dan senang...
Terima kasih atas segalanya..

Terima kasih juga kepada sahabat2 yang baru ak kenali..

"Sungguhpun usia perkenalan kita tidaklah begitu lama, awak sume sudi memberikan kekuatan kepada saya..

Awak rasa sakit waktu saya disakiti..
Awak rasa sedih waktu saya bersedih..

Awak turut menangis saat saya teresak2 menzahirkan kesedihan di hati..
Terima kasih...."


p/s: maaf andai entry kali ni agak beremosi..
Salam sayang...

(^_^)

7 Luahan:

Unknown said...

ida, sabar yek!...(^_^)

juzDYLL said...

sabar yek kak.

Najmi Ahmad said...

hidop bese la cmni...kdg2 org yg kte pcye x mcm yg kte sgka...kdg2 org yg kte x pcye...len plak pe yg kte sgka..so..yg td tu lpekan n bwat pngajran..bese la..de naik trun dlam idop....ckap mmg snang...tp ble jd depan mata..hmmm...ssh gler nk ckap..
soo....kuat mcm bese!!!

Aman tak Perang!!!

....iDa WaiDa.... said...

thanks sume.....
semangat!!!
hehehe

AiNn FarHaNa said...

adik x tau pe yg berlku td tp klu adik ad stu klas dgn akak tdi...adik yg akn bgun mlawan dn mydrkn mrk yg hnye mmpu mmndg saat akak dimlukan..xpun adik akn trik tgn akak n sbrkn akak..em..sbrlah duhai akakku..jdkn pgjrn dn ikhtibar..

nur_iman said...

ujian adalah lumrah dalam kehidupan,
orang yang lemah dan tewas pada ujian tanda dia tidak percaya pada kekuatan yang ada padanya,KERANA... Allah tidak akan uji hambaNya kecuali ia mampu dipikul olehnya

Allah juga tidak mengaku seorang hambaNya selagi ia tidak diuji tentang keimanannya...

*sematkan dalam hati
"Allah Ma;ie..."

ramdar said...

Mengadulah pada ibu mu ini....dia pernah menanggung sakit ketika hendak melahirkan mu...utk mendengar segala keluhan dan rintihan mu juga dia sanggup kok.....Ketika kita sedih dan susahlah...kita akan mengenali sahabat kita yang sebenar.Dia hanya sahabat ketika ketawa...bkn ketika menangis.Bila dia menangis baru dia akan mencari kita.Siapa yang menjatuhkan air muka saudaranya di dunia ini,allah akan menjatuhkan airmukanya di akhirat nanti.... Begitulah bila manusia yang merasa dirinya sudah terlalu pandai,tetapi kurang bijak....