BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

~Rencah Bersahabat~

Hidup ini
Tak semudah yang disangka
Hidup ini juga
Sukar nak diduga
Kadang-kadang kita rase dekat dengan seseorang
Padahal sebenarnya kita jauh daripadanya
Kadang-kaadang kita dapat gapai tangannya
Namun kita tak sedar yang kita gagal menyelami hatinya
Bila dia berduka
Kita rasakan kehadiran kita mampu membuatnya ketawa
Tapi...
Tanpa kita sedari
Hanya tawa sumbang di sebalik tangisnya yang dapat diberi lantaran menjaga hati kita

Hakikat kehidupan memang begini
Tak mungkin kita akan dapat menjadi yang sempurna
Sungguh pun untuk orang yang paling kita sayangi
Kerana...
Kita hanyalah manusia biasa

Ingatlah sahabatku
Persahabatan ini bukanlah sia-sia
Bila kau menyedari kehadiranku di sisimu
Inilah ukhuwah yang telah Allah tentukan untuk kita

Dalam persahabatan
Bukan hanya manis yang dinikmati
Namun pahit juga turut dirasai

Tabahlah Dalam Membina Persahabatan
(^_^)
-----------------------------------------------------------------
CUBA menjadi seorang kawan dan sahabat yang :
..Baik..
..Sentiasa ceria..
..Memahami..
..Sanggup mendengar..
..Mampu memberi nasihat walaupun rase x layak je nak bg nasihat..

~InsyaAllah~

Monday, October 18, 2010

Penginovasian Minda Muslim

Salam sume...
Sebelum ni ak tunjukkan Ahmad Genius ak kan..
Ok..kali ni ak nak tunjuk Kulit Buku untuk tugasan Teknologi Pendidikan..
Tajuk dia kan..~PENGINOVASIAN MINDA MUSLIM~

Amacam???
Kalo nak tau apa di sebalik tajuk dia ni, korang kene la faham dulu maksud inovasi..
Kalo nak soh ak terangkan, mmg jadi kuliah la nampaknye nnt..
Pastu kan, cube fikirkan ape kaitannye dengan gambar org solat, baca Quran n org berjabat tangan tu..
Fikir...fikir.....
Pastu jgn lupe buat REFLEKSI METAKOGNITIF okkk...
Hahahaha

Ok la..
Tata comel..
(^_^)

Saturday, October 16, 2010

Ahmad Genius

Salam sume...Hahaha...
X nak cakap banyak la..
Cume nak tunjuk BBM yang ak buat utk kelas Teknologi Pendidikan..
Nama dia ialah Ahmad Genius...
Ak rase benda ni cooooomeeeellllll sgt taw..
Hahahaha...
Ada ke patut, ada sorang kawan ak cakap muke Ahmad Genius ni mcm ak..
Toing...toing...toing...!!!!
Hahaha
Sebenarnye Ahmad Genius ak ni adalah bahan bantu mengajar.
Kire boleh buat anak angkat kpd kite la yg jadi guru ni..
(Alololo,anak ma
ma cayang)
Hahahaha
Ok2..sambung cite...
Penggunaannya x terhad kepada subjek tertentu atau tajuk tertentu...
Ahmad Genius ni boleh bantu para guru mcm ak ni utk jalankan ape2 aktiviti berkumpulan untuk student..

Dalam Ahmad Genius ni ada kad-kad yang berwarna-warni..
Kad ni kite boleh buat ape je ngn dia..
Belakang kad ni ada satu poket yang boleh diselit kertas...Jadi, kalo nak buat kuiz ke..
Kite boleh selit soalan kat belakang kad ni..
Jadi student x boleh nak menipu atau nak intai2 soalan dia...
Sebabnye, semua kad disusun dalam keadaan serong..Ahmad Genius ni akan di hulur kepada setiap kumpulan pelajar untuk dipilih salah satu kad drpdnya..
Kesimpulannye..
Proses Pengajaran dan Pembelajaran akan jadi lebih menarik..
Mungkin pelajar juga akan sentiasa ingat kat kite..
"Cikgu Ahmad Genius"Hahahaha....
~Comel~