BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 13, 2010

Tang Tong Tang Tong Kualiku Menyanyi

Salam sumer!!!!
Haiii..ape khabar dikau di sana??
Harap2 sihat lah hendaknya ye..
Ok2, hari ni x ada apa yang nak dicakap sebenarnye..
Cume nak cite je..
Hehehe..

Al-kisah...
Tadi, semasa ak nak masak untuk makan tengahari, ak bingung la jugak..
Ikan kembung yang abah beli tu nak dimasak ape ye..
Lalu, ak pon tanye lah kat abah..
"Bah, ikan ni nak dimasak ape ek bah??"
Abah pon jawab.." Entah lah ek.."
Maka, ak pon cadangkan untuk dimasak kicap..
Kata abah, " Alaaaa....abah muak la masak kicap"
Dalam hati ak, mcmne la bleh muak padahal sangat jarang2 masak kicap kat umah ni..
Pastu ak tanye mak..
"Mak, ikan ni nak dimasak ape ek? Kalo Ida masak asam pedas boleh x??"
Lalu mak pon menjawab, "Asyik masak asam pedas je...Mak dah nak termuntah dah makan asam pedas je"
Dalam ati ak...bile mase plak ak slalu masak asam pedas je ni...Hadoi..
Lalu, ak pon terpaksa membuat keputusan sendiri..
"Mak, abah...Ikan ni Ida sambalkan je la ea..Kalo masak kicap,mak suke tapi abah x suke.. Kalo masak asam pedas, abah suke mak x suke"
Jadiiiiiiiiiiiiii...meh sini, biar ak masak ape yang ak suke...
Ikan masak sambal!!!!!!


Lauk ni la yang paling kerap ak masak..
Tah bile kala la ak masak kicap n asam pedas banyak kali sampai muak2..
Musykilll ak..
Pas siap masak ikan, ak masak sayur plak...


Emm, boleh laaa..
Bak kate adik kecik ak..
"Ish, kak Da...Kak Da masak ikan sambal ea...Sedapnye Kak Daaaa"

Waaaa, kembang kempis la idong ak dipuji mcm tu...
Itu je nak cite..
Jemput makan sume..
Jangan malu2..Makan la ape yang ada ye..
Hehe, tata..
~Comel~

Friday, December 10, 2010

Memberi...

Assalamualaikum n salam sayang penuh ceria ak nak ucapkan untuk korang yang sudi berkunjung ke blog ak ni...Terima kasih!!

Ok, result sem ni dah keluar tadi...Alhamdulillah, bersyukur x terhingga ak nak panjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinanNya untuk ak memperoleh result yang x semegah ni.. alhamdulillah..

Tadi, agak kencang jugak la jantung ni berlari ke sana ke mari gara2 nak tggu result tadi..

Dah tau, baru la jantung ni na

k bertenang sikit..huhu

Cakap pasal result, ak teringatkan sorang kawan ak ni hah..

Sememangnya dia seorang kawan yang baik la..

Banyak sangat dia tolong ak..

Katanya, dengan pertolongannya kepada orang lain

, Allah akan permudahkan urusannya kelak..

Lalu, ke sana ke marilah dia pergi untuk MEMBANTU..

Alhamdulillah, berkat amal jariahnya tu Allah kurniakan result yang baik untuknya..

Tahniah.

..

Ternyata janji2 Allah tu bukanlah main2 atau sekadar cakap kosong je..

Allah kate, memberi itu lagi baik daripada menerima..

Sememangnya, semakin kita memberi semakin bertambah rezeki kita..

Percayalah...x kiralah dalam aspek harta ke doa ke tenaga ke...X ksah laaaa..

Jadi, x perlulah kita nak ked

ekut2 kan...X elok...

Kalo ada yang memerlukan, kita bantu..

Dalam belajar pon sama..

Ada juga dalam kalangan kita ni takot sangat orang amik ilmu dia..

Takot orang lagi pandai dr dia la..

Takot result orang lagi g

empak dari dia la..

Laaahaaaiiii...

Ada pulak yang x nak bg orang lain soalan spot yang dia dapat..

Nak makan sorang plak..

Bile ditanye, katanya.."X tau.."

Bila dibagitau, katanya.."Laaa,yekeee...Ko baru tau keee"

Hmmmm..

X elok mcm tu kawan....


Dah alang2 cakap pasal memb

eri ni kan..

Aritu ak baca buku kisah2 teladan..

Dah lame sebenarnye buku ni ada kat umah..

Kertasnye pon sampai dah jadi warne coklat..

Mak bli buku ni waktu ak kecik dulu..

Dah bertahun2 x bace ttb datang hidayah Allah untuk ak buka n baca buku tuuu..

Alhamdulillah...Nak dapat hidayah Allah tu bukan sekadar menanti je, tapi kita kene usaha..

Hidup ni satu pencarian sebenarnya..

Ok, sambung balik..

Tajuk buku ni Pengemis Tua Dari Pergunungan..

Meh ak cite cket..

Cite ni sebenarnya menceritakan akhlak puteri Rasulullah iaitu Fatimah Zahrah..

Yang mana, dikisahkan seorang lelaki tua yang miskin datang kepada Fatimah untuk meminta sedikit makanan dan pakaian..Walhal pada waktu tu Fatimah sendiri x ada apa2 untuk dimakan n keluarganya pon dah 3 ari berpuasa sebab x ada makanan..

Walaupun macam tu, dia x tergamak nak menghampakan lelaki tua tadi. Fatimah masuk ke dalam rumahnya, mencari-cari sesuatu yang boleh diberikan kepada lelaki tadi..

Dipendekkan cite, Fatimah terpaksa memberikan kalung kesayangannya iaitu satu2nya harta yang dimiliki saat itu.

Kata Fatimah ketika menghulurkan kalung tu pada lelaki tua tadi, "Semoga Allah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"

Ok la...Kalo nak cite lagi mmg panjang la kan..

Cube kita perhatikan akhlak Fatimah..

Dia x kedekut kan.. Dia x berkira2 pon nak membantu saudara seIslamnya yang dalam kesusahan..Sedangkan dia sendiri tengah susah..Malah, sanggup dia memberikan kalungnya yang paling dia sayang kepada lelaki tua yang langsung x dikenalinya tu..

Betapa ikhlasnya hati Fatimah..

Betapa mulianya hati Fatimah..

Nak bandingkan dengan kita ni yang diberikan rezeki melimpah ruah..

Itu pon masih nak kedekut...

Emm, ok la...Semoga entry kali ni bermanfaat kepada kalian walau sekelumit cuma..

Sekadar perkongsian untuk difikirkan dan dijadikan pedoman buat diri sendiri dan korang..

Salam sayang penuh kecomelan..

~Tata~

Sunday, December 5, 2010

Kerana Bulu Mata Masuk Ke Syurga

Assalamualaikum, Sekadar nak kongsi..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..



Dipetik daripada note seorang sahabat, sekadar untuk renungan bersama.
~Comel~

Saturday, December 4, 2010

Tak Tau La Nak Letak Tajuk Ape..

Assalamualaikum
Haaaaa, salam dah diberi..
Sekarang mule la nak story2..

Hari ni kat Melaka hujan dari pagi sampai petang..
Agak sejuk jugak la..
Ak n member2 konvoi g umah org kawen..
Ada la dalam 3 kete..
Pertama, kitorg g umah member lame ak..
Name dia Umairah Zakaria..
Waaaaa....Umai dah kawen laaa....
Macam x caya je ada kawan ak yang dah jadi isteri orang..
Sampai2 je, kitorang serbu bilik pengantin..
Teruja jugak tengok dia dok tggu suami dia..
Siap bergambar2 haaa...Amik berkat!!!!!
Hahaha
Masing2 mule berkira2, lepas ni giliran sape la plak kan..
Saspen jee..

Ok, pastu g umah senior mase sekolah dulu..
Kak Nazatul Aziah..
Dia pon dah kawin..
X sangke akak tu ingt ak lagi..
Ingat lagi mase dok asrama dulu, same2 latih sajak dengan dia..
Lembut je dia..
Cantik sangat2..
Sama cantik sama padan la ngn suami dia..

Emm,cakap pasal sama cantik sama padan ni kan, teringat la org dulu2 cakap..
Kalo muke sama, ada jodoh la tuuu..
Kalo tengok muke Umai n suami dia tadi pon memang sama laaa...
Siyess...same..
Kak Aziah ngn suami dia pon same..
Emmm..
No komen laa..(Sambil cube memadankan wajah kami, sama ke??=p)
Kehkehkeh


Ok la...
Sebenarnye x tau nak cite ape..
Ni main taip je ape yg rase2 nak cakap..
Tapi sebenarnye ak nak cite pasal keterujaan ak yang amat sangat sbb kawan ak dah kawin
Tapi x terkeluar plak mood dia..
Ayat pon kaku n kejang je..
Tangkap muat je la..
Lagi pon, ngah x ada ketenangan sekarang ni..
Umah ak ngah bergegar2 ngn lagu-lagu yang tah hape2..
Jiran sblh umah ak buat majlis kawin esok..
Jadi umah ak jadi tempat letak speaker n DJ..
Waduhhhh, pening paleeee...
Kuat glerrrrr...

Ok, tata sume!!!
.....(^_^).....