Monday, August 8, 2011
Kompang dipalu, pengantin baru!!~
Thursday, August 4, 2011
"Makian tu gurauan sebenarnye..".......??
Friday, July 8, 2011
"Sowryy, I Tak Nak Hipokrit OK!!"
Perkara tersebut berkenaan dengan statement " Saya tak nak hipokrit "
Rasenye statement ni dah x asing lagi di pendengaran kita sebab kita boleh lihat n dgr di kaca television atau pun di majalah2 hiburan..
Malah adakalanya statement ini turut terlepas juga dibibir2 mungil sahabat kita...
Sebenarnye perkara ni merupakan salah satu perkara yang dah lama Ida fikirkan..
X salah sebenarnye dengan statement ni, cuma penggunaan statement ni semakin disalahgunakan dan disalahtafsirkan..
Sebelum tu Ida nak kupas maksud hipokrit tu dulu..
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hipokrit ni ialah orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnye..
Dalam kata lain, dia ni berpura2 baik lah..
Dalam istilah Arab, ia lebih dikenali sebagai munafiq..
Kenapa mereka guna statement tu??
Haaa... Bagi yang memang benar2 gunakan statement tu untuk menyatakan bahawa dia memang x nak jadi orang hipokrit atas niat yang baik serta jelas matlamat statement tu diucapkan, itu x jd masalah malah dapat pahala.
Tapi yang masalahnya bila mereka yang tertentu tu menggunakan statement ni untuk mempertahankan perbuatan mereka yang menyalahi hukum agama..
Mana ada orang kene tangkap sebab lumba haram, bila disoal siasat kenape terjerumus dgn aktiviti x berfaedah tu, dia jawab, " Sebab saya x nak jadi hipokrit.. Saya memang suka lumba haram.."
Ada ke org cakap mcm tu?? Hahaha, berani ea nak cakap mcm tu..
Selalunye statement ni keluar bila ditanya tentang cara berpakaian, cara bersosial dan sebagainya..
Demi memenuhi tuntutan nafsu n kemahuan duniawi, mereka sanggup membelakangkan hak Allah seterusnya mendabik dada dalam memperjuangkan perkara yang terang2 salah..
Apeeeeelah!!!
Kalo mcm tu dah salah kak oi...
Memanglah dari gaya percakapannye nampak mcm orang berpendirian..
Tapi hakikatnye, awak tu memperlihatkan sikap ego, keras kepala n x berlapang dada untuk menerima teguran walaupun awak keluarkan statement tu sambil mengukirkan senyuman semanis kurma!! Ehhh, ape nii... Hahaha...
Dalam hal yang membabitkan hukum-hukum Allah yang qat'i, yang mana jelas termaktub dalam al-Quran dan Hadis nabi, nak x nak kite kene ikut melainkan ada sebab yang betul2 menghalang kita melaksanakannye..
Bukan sebab2 picisan...
Bagi yang tak tahu hukum, boleh dimaafkan..
Tapi, rasenye x ramai yang terlalu jahil tentang hukum ni..
Kalo x tau yang mendalam pon, yang asas msti tau punye..
Masalahnye, ada juga golongan yang mempertikaikan
hukum tersebut n gubal hukum sendiri mengikut nafsu n logik akal je..
Bagi yang memang dah sedia maklum secara mendalam dan mendapat pendidikan secara rasmi di aliran agama, ianya BERDOSA sekiranya kita berbuat begini..
Sebabnye, kita tidak melaksanakan apa yang kita tau malah kita enggan mengakuinya..
Nauzubillah..
Jom la ikut Ida..
Sama2 fikir sejenak..
Buat ape lah kite berkeras dalam untuk mengingkari ape yg Allah dah perintahkan..
Kadang2 apa yg kita enggan buat tu, bukanlah susah mana nak buat..
Cuba buka minda n lapangkan dada kejap..
Cuba fikirkan..
Apa yang disarankan oleh Islam tu perkara yang salah atau yang betul..
Kalo dalam hati kita akui perkara tersebut betul, jadi mengapa kita tetap menolaknye..
Bagi yang dah sedia elok tu, jgn pula memandang rendah pada yang sederhana kerana belom tentu yang sederhana itu serendah yang disangka..
Boleh jadi dia akan lebih baik daripada awak..
Dan awak juga x tau bila n setakat mana kebaikan yang awak miliki tu akan berkekalan dalam diri sebab Allah itu Maha Berkuasa..
Allah berkuasa memberi hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya, juga menarik hidayah itu daripada sesiapa sahaja yang dikehendakinya..
Jangan pula melarikan diri daripada terus berkawan, bergaul dan bermesra dengan golongan yang sederhana itu kerana perbuatan tersebut lagi memburukkan keadaan dan menerbitkan persepsi negatif dalam diri mereka..
Dan jangan pula memandang mereka dengan ekor mata yang penuh dengan segala macam sindiran..
Menghadiahkan mereka dengan senyuman yang penuh ejekan..
Itu BUKAN cara berdakwah yang berkesan..
Rasulullah x ajar mcm tu pooooonnnn..
Ok lah ye..
Ida nak cakap itu je..
Ida ni pon x la baik sgt..
Kepale pon ada gila2 jugak..
Cume Ida nak berkongsi apa yang Ida fikirkan..
Agar kita sama2 dapat berubah jadi yang lebih baik dari hari ke hari..
Sebab tetap n berkeras dalam perkara yang DOSA tu akan buat kita x tenang..
Percaya lah..
Ok, tata sume...
Sama2 berdoa agar diri kita diberi hidayah n kekuatan untuk berubah ye..
Assalamualaikum..
Friday, July 1, 2011
Saiz 'M' ke 'L'??? Oh, Tidaaakkkkk!!!
Assalamualaikum Ida ucapkan kepada saudara saudari yang sudi menjengahkan diri ke blog Ida yang Merah Makngah ni..
Ok, pada kali ni Ida nak share cket satu pengalaman..
Pengalaman menjadikan saiz 'L' ke saiz 'M' apabila saiz 'M' telah bertukar menjadi saiz 'L'..
Maksudnye kat sini ialah nak menurunkan berat badan lah ye..
Ida terfikir nak buat entry ni sbb ada sorang sahabat Ida ni mengadu yg badan dia dah gemok..
Katenye la, kawan2 dia ejek2 dia disebabkan hal tersebut..
Lalu Ida pon menyarankan beberapa tips..
Sebelum tu Ida nak bgtau yg Ida ni bukanlah ramping bebeno..
Sejak hidup bersenang lenang ngn cuti semester yang terrrrlaluuu lame ni, badan Ida ni bertambah 'ramping' sampai baju pon dah naik 'longgar'..
Perkara yang sering berlaku kalo cuti semester..
Hehe
Cume, Ida pernah la menyusutkan diri supaya kembali ideal..
Sem lepas Ida dapat beberapa undangan untuk menjadi pengacara Majlis Makan Malam atau lebih dikenali sbg Diner..
Jadi, untuk mendapatkan keselesaan n keyakinan semasa berada di atas pentas, Ida pon amik la inisiatif utk berdiet..
Ape yang Ida buat??
Haaaa, cara ini betul2 berkesan..
Ida x tipu..
Dalam masa 2 minggu dah nampak kesan yang memberangsangkan..
- Ida Kurangkan Pengambilan Nasi
Tiap hari ida makan mee hoon soto..
Mee kuning pon dikira berat n boleh menyebabkan gemok..Jadi jgn amik mee kuning..
Kalo Ida nak amik nasi pon, dalam seminggu Ida cume amik 2-3 kali je..
2. Ida Berhentikan Pengambilan Air Batu/ Sejuk
Cara ni pon membantu jgk dalam menurunkan berat badan..
Sebenarnye, Ida x minum ais tu sebab nak jg suare..
Al-maklumlah waktu tu ngh musim batuk..
Tapi Ida memang pernah terbace yang air batu atau air sejuk salah satu sebab peningkatan berat badan taw..
3. Ida Tak Amik Makan Malam
Bagi sesiapa yang dah biasa amik makan malam, meeemang la sangat menyiksakan..
Lapar wo0o0....
Tapi disebabkan keazaman yang kuat, Ida tahan jugak..
Kalo agak2 dah nak nangis sbb lapo sgt, buat la air pastu makan la 3 keping biskut..
Jgn makan roti!!
Ida pon lapo taw mase mula2 tanak makan malam..
Dekat nak nangis dah..
Tapi bila dah hari ke3 amalkan perkara yg sama, dah x rase lapo dah bila malam..
4. Jogging!!
Haaa, cara ni paling jarang2 sgt Ida buat sebenarnye..
Kalo rajin je Ida jogging..
Sape yg rajin nak buat, bagus..
Tapi yg dah lame x jogging tu,baik jalan je dulu..Jalan la laju2, jangan lenggang kangkung!!
Ok..itu je la yang Ida amalkan..
Ida x tipu...
Betul2 berkesan..
Mula2 kawan Ida kate biase je mcm x ada perubahan pon saiz Ida..
Tapi bila dah masuk 2-3 minggu, banyak la kawan2 tegur Ida dah kurus..
Baju yang ketat dah jd longgar sangat...
Alhamdulillah..
Tapiiiii, sekarang bdn dah naik semula...
Nak buat mcm ne kan... Bdn cepat naik..
Nak mengeluh selalu pon x elok..
Ida selalu komplen badan Ida gemok kat mak..
N selalu jugak la mak bising..
Mak cakap, jgn asyik komplen diri tu..
Yang penting badan tu sihat..
Ada orang lain tu badan ramping,cantik molek..
Tapi ada penyakit,,
Bersyukurlah...
Cume, kene kawal lah jugak..
Nasihat utk diri sendiri..
"Ida oiiii, jgn asyik makan jeee...Kang badan gemok kang mulut tu bising plak.."
Haaa,sekali sekala bebelkan diri sendiri tu bagus la jgk..
Terasa diri ni disayangi oleh diri sendiri..
Ngee~
Ok lah, selamat mencuba...
Hehe,tah hape2 la tips Ida ni kan...