Salam buat kawan2..
Hari ni, hari Rabu yang penuh sejarah dalam hidup ak..
Peristiwa dalam kelas Hubungan Insan tadi x akan ak lupakan selamanya..
Banyak yang ak pelajari, banyak yang ak sedari rentetan daripada peristiwa itu..
Mungkin ak yang bersalah....
Pertama kali dimalukan sebegitu rupa..
Terima kasih kepada pensyarah tu..
Terima kasih kerana telah menjatuhkan harga diri dan air muka ak di khalayak ramai..
Usah lah menyebut istilah HUBUNGAN INSAN kat depan ak sebab ak lebih tau makna tersirat disebaliknya berbanding dia yang bergelar Dr..
Berhentilah menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan andai diri sendiri x mencontohkan perilaku yang sewajarnya..
Memang sedih atas apa yang berlaku..
Malu sangat2...
Tapi peristiwa tadi memberikan ak 2 pengajaran yang orang lain x dapat dalam kelas td..
Yang pertama, menghormati perasaan orang lain dan jaga aibnya..
Masa kene hentam tadi, hati ak ni rase sakit sangat..
Waktu tu terfikir secara ttb bahawa ini lah yang akan dirasai oleh anak2 murid ak sekiranya ak malukan mereka di hadapan sahabat2nya..
Rasanya x sama macam luka akibat jatuh basikal..
Malunya x sama macam tergagap ketika berpidato di atas pentas besar yang disaksikan menteri..
Justeru, dalam kesedihan tadi, ak berazam untuk menjadi seorang guru yang peka terhadap perasaan anak didik ku...
Bukan sahaja sebagai guru, malah sebagai manusia di atas muka bumi ni, ak harus menghormati dan menjaga maruah orang lain sebagaimana ak menjaga harga diri ku..
InsyaAllah..
Ingatkan ak kalo ak terlupa untuk melaksanakannya...
Yang kedua...
Peristiwa tadi telah menyedarkan ak bahawa usia perkenalan yang lama dengan sahabat kita x menjamin bahawa dia memahami, mengenali dan menghargai kita sebagai seorang sahabat.. Tatkala ak dilanda kesedihan, tatkala ak sedang berhempas pulas mengawal emosi dan perasaan kat dewan kuliah tu tadi, sememangnya ak mengharapkan kata2 semangat darinya sebagai seorang sahabat yang paling hampir dengan ku..
Namun, dia seolah2 x mengerti apa yang ak sedang lalui di saat tu..
Berulangkali ak suarakan kepadanya bahawa ak rasa malu saat tu..
Berulang2 kali ak bisikkan namanya untuk meminta sedikit kekuatan...
Namun tiada reaksi daripadanya..
Tatkala ak mengeluarkan tisu untuk mengesat air mata lantaran kekalahan ku dalam mengawal perasaan, dia pandang tanpa rasa..
Hanya sekilas pandang, mungkin..
Lalu ak bertanya.. " Ko x rasa sedih ke tengok ak diperlakukan mcm ni"
Ak memandang matanya..
Dia diam x bersuara, hanya senyum sumbing terlihat dibibirnya..
Ya Allah...
Tiada kata2 pujukan dari bibirnya sebagai sahabat..
Tiada langsung sentuhan pujukan untuk mengalirkan kekuatan..
Tiada rasa simpati daripada ekor matanya..
Tidak tercuitkah walau secebis cuma kat dalam hati kau wahai sahabat..
Ak beranggapan bahawa dia akan menunjukkan sedikit simpatinya di akhir kuliah itu..
Tapi, dia x berkata apa2 kepada ku..
Maka...
Ak berlalu meninggalkan dewan kuliah tu dengan kekuatan yang ak bina tanpa sahabat sepertinya...
Melangkahkan kaki dengan seribu satu rasa malu yang x terhingga...
Dengan seribu satu rasa kecewa...
Barulah ak kenal siapa dirinya yang selama ini ak anggap sahabat setia susah dan senang... Terima kasih atas segalanya..
Terima kasih juga kepada sahabat2 yang baru ak kenali..
"Sungguhpun usia perkenalan kita tidaklah begitu lama, awak sume sudi memberikan kekuatan kepada saya..
Awak rasa sakit waktu saya disakiti..
Awak rasa sedih waktu saya bersedih..
Awak turut menangis saat saya teresak2 menzahirkan kesedihan di hati..
Terima kasih...."
p/s: maaf andai entry kali ni agak beremosi..
Salam sayang...
(^_^)