BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 2, 2010

Teknologi vs Remaja Muslim

Salam Buat Kalian..
Cetusan Revolusi Minda 1:

"Dunia hari ini menyaksikan kepesatan bidang teknologi dan maklumat. Bidang ini sering digembar gemburkan sebagai suatu wadah ketamadunan dan keintelektualan umat manusia. Para pelajar disogok dengan keharusan mereka untuk memahirkan diri dalam bidang teknologi lantaran ia menjadi kayu ukur kepada kecerdikan dan kualiti generasi masa kini. Namun,dalam konteks pendidikan semasa masyarakat kita khususnya yang beragama Islam, kepesatan teknologi ini, tanpa disedari telah menjadi suatu 'kanser' yang dalam diam membunuh nilai akhlak dan memusnahkan generasi Rabbani. Sebagai contoh, pengaruh negatif dan penularan budaya maksiat amat berleluasa di laman sesawang tanpa sekatan. Hal ini merupakan risiko kepada masyarakat Islam khususnya para remaja untuk terjebak ke kancah maksiat. Bagaimana untuk membangunkan intelek andai salurannya itu mengandungi 1001 ancaman yang boleh menyimpangkan matlamat para remaja dalam memperkembangkan potensi diri serta nilai rohani mereka. Sejauhmanakah kebenaran teknologi mampu membawa kepada ketamadunan andai nilai Islam kian pudar dalam diri remaja Muslim, sedangkan untuk menilai samada suatu bangsa itu bertamadun atau tidak salah satunya adalah berdasarkan aspek beragamanya.

Sebarang saranan, pendapat mahupun kritikan amatlah dialu-alukan.. Sekian~

4 Luahan:

pemilk sawah padi said...

salam...ida
x phm sgt la isu ni sbb mcm x da kaitan dgn guru2 PIPAQ..
tggu org len komen dulu ler..........

ateh @ apiz said...

salam...
saye pon setuju ngan akmal..

....iDa WaiDa.... said...

laaaa....x faham ke???
sedih je....ape yg x fahamnye??

Najmi Ahmad said...

Salam perantau perak...

Bg pendapat saya,dlam cetusan revolusi minda yang disandarkan itu,terdapat 2 perkara penting yang boleh diutarakan.Iaitu:
1)Bagaimana utk membangunkn intelek sekiranya terdapat 1001 ancaman.
2)Sejauh mana kebenaran teknologi Islam mampu membawa kpd ketamadunan dlam diri pelajar Muslim yang mana nilai Islamnya kian pudar.

Namun disini,sy hanya ingin nyatakan berkenaaan perkara yang pertama shj.Bg sy antra lagkah yg sesuai adalah:

1)Pihak berwajib spt ibubapa,guru,NGO,& kerajaan perlu memantau kes ini.
2)Penapisan dlam penggunaan @ surfing internet harus dilakukan.
3)Para pelajar sndri harus bersikap amanah & mempunyai kesdran dlm diri bg mengelakkan diri drpd terlibat dlam penularan kes yg tidak diingini.
4)Masyarkat juga harus memainkn peranan bg membanteras isu ini.
5)Laman2 web yg mmpunyai unsur2 yg negatif perlu disekat serta merta & pihak yg terlibat dlm menyebarknnya perlu dibawa ke muka pengadilan bg menjatuhkan hukuman ke atasnya.