Buat pertama kali ak tulis 2 entry dalam sehari..
Wahh, mood berblogging ngah meluap2 ni..
Layanzzzz je laaa..
Bukan ape..saje nak cite.
Hari ini, ada perkara pelik berlaku dalam hdup ak..
Ntah nape ttb arini datang satu idea yang relevan lagi konkrit menerjah ke dalam kepala ak..
Untuk pengetahuan korang kan, ak ni mmg bukan jenis yg minat berniaga..
Memang la kalo ikut sunnah, nabi meniaga kan..
Tapi, ak x minat la...
Yang peliknye kan..arini tah ttb je ak dapat idea nak berniaga..
Cehh..bukan la sampai nak bukak syarikat ke hape..
Stakat meniaga kecil-kecilan je..
Nak jual ice kream je..hehe
Ice kream buah...
Lalu idea ak yg mantap lagi hebat ni ak kongsi ngn adik ak yang paling matang di dunia yang masih sekolah dalam darjah 1..hahaha
Maka, bermula la episod merancang..
Ak dapat bayangkan mcmne adik ak ni nanti berkempen ke sana ke mari untuk mempromosikan ice kream jualan kakaknya..
Hahahaha, kompem laku sbb adik ak ni pandai cakap...
Macam2 idea keluar daripada perkongsian minda kami berdua..
Nak jual ice kream buah la, nak jual roti ice kream la, nak jual kopok lekor la, nak jual rojak la..
Wahhh, bukan main banyak lagi kan..
Tapi ngh semangat2 merancang jualan tadi, ttb kuar idea yang paling pintar drpd adik ak ni..
"Kak Da, kite jual tilam nak??"
Hahahahahahaha...
Dah kate rakan kongsi ak ni budak umur 7 tahun....
Terpaksa la mendengar idea nya tu dgn penuh minat dan bersemangat demi menjaga hati dan menghargai kesudiannya untuk sama2 berniaga..
Wahahaha...
Semangat tu kami bawa bersama untuk diusulkan kat mak..
Yela, kene la tanye mak dulu kan..
Tapi, hampanyeeee...Mak kate...
"Tak payah la...kan ada jiran kita dah jual..Nanti takot dia marah plak kita potong line dia"
Pas tu adik ak yg td pon cakap..
"Ala mak...dia jual ice kream biase je..Kak Da nak jual ice kream buah.."
Mak kate lagi..
"X payah laaa...."
Emmm....nampaknya hasrat kami terkubur..
Ingat nak isi masa cuti sem ni ngn berniaga, tapi x ada peluang kan..
Mak x bg, nak buat mcmne..
X pe, x dapat berniaga pon x pe..
Sekurang2nye idea berniaga ni dapat ak jadikan bahan tok wat entry mcm yg korang bace ni..
Ok la..itu je nak cakap..
Tata
~Sekian~
