BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

Kompang dipalu, pengantin baru!!~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sume...

Alhamdulillah
Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kawan2 sume..

Pada entry kali ni, Ida nak buat kupasan buku/kitab..=)
Bulan lepas Ida ada berbincang sesuatu dengan kawan Ida..
Mungkin ada yang terfikir, hal bulan lepas tapi baru ni nak jadikan entry??
Haha, Ida ni mmg mcm ni..
Kalo ada perkara yang Ida rase Ida kurang faham, kurang jelas, belum dapat jawapan, belum membuat rujukan semula, Ida akan dok pikir je perkara tu sampai Ida dapat jawapan..
Alhamdulillah, sekarang Ida dah dapat jawapan bagi persoalan dalam perbincangan tersebut..
So, Ida nak share lah ngn kawan2 sume..
Kami berbincang tentang salah satu adat yang biasa masyarakat kita lakukan dalam majlis perkahwinan iaitu Majlis Persandingan..
Ida dengan kawan Ida ni mula bincang pasal hal persandingan ni lepas ternampak gambar seorang ustaz kami yg baru melangsungkan perkahwinan..
Ada la majlis bersanding..
Kawan Ida ni berkata (lebih kurang mcm ni lah ye) :" Ustaz ni pon bersanding?? Ish ish ish.."
Ida terfikir, berdosa ke bersanding?? Apa yang Ida tau bersanding tu hukumnye harus sepertimana yang Ida dah belajar dalam Syariah sewaktu Tingkatan 5 dan Tingkatan 6..
Entah macam mana, hari ni Ida selongkar kotak buku2 sekolah, terjumpa Buku Pengantar Fiqh yang Ida gunakan sebagai rujukan sewaktu Tingkatan 6 dulu2..
Ida pon cepat2 bukak bab Munakahat, tajuk Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan.


Meh Ida kongsikan dengan kawan2 tentang hal adat bersanding sepertimana yang telah dikupas dalam buku ni ye..Ida bg ringkasan dia..

Ok, sume msti tau ape tu bersanding kan??
Ke ada yg x tau??
Bersanding ni menurut pengertian bahasa ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami isteri yang baru dikahwinkan di atas satu pentas khas yang dihias indah..
Kenapa pulak nak bersanding??
Haaa, antara tujuan bersanding ialah :
1. Untuk menjadi ingatan atau kenangan kepada pasangan pengantin pabila hari tua.
2. Meraikan perkahwinan anak-anak yg biasanya berlangsung sekali seumur hidup.
3. Memperkenalkan pengantin kepada masyarakat.
4. Mengisytiharkan perkahwinan

Seterusnya, yang paling penting Ida nak share ngn kawan2 ialah PENDAPAT ULAMA' TENTANG ADAT BERSANDING.
Wolopun upacara dan amalan bersanding tu x ditentukan dalam syarat perkahwinan serta bukan perkara wajib, namun Mufti Kerajaan Malaysia telah bersepakat mengHARUSkan amalan bersanding dengan syarat tertentu :
1. Majlis tersebut x ada sebarang unsur2 yang bercanggah dengan agama.
2. X melampau dan berlebihan
3. X ada unsur maksiat seperti tari menari dan nyanyian.
4. Mengadakan persandingan secara tertutup untuk muhrim pengantin lelaki dan muhrim pengantin perempuan.
5. Kalo nak diadakan secara terbuka, pengantin mestilah memakai pakaian yang menutup aurat.

Bagi yang nak bersanding, permintaan family nak tgk majlis persandingan diadakan, boleh je...
Tapi, mstilah x bercanggah dgn syara' dan x lari daripada hukum harus tu..
Majlis tersebut hendaklah dimulakan dan diisi dengan bacaan doa selamat, bukannye dengan nyanyian org yg terpekik2..Buat sakit telinga jeee...
Hadirin yang nak menolong n mengikuti majlis tu pon kene jaga aurat n batasan.. Contohnye yg merewang (bahasa jawa ni, bahasa melayu ape ek...tolong2 tuan rumah buat persediaan majlis), yang kendarat ( ni pon bahasa jawa jugak la rasenye..maksudnye kendarat ni dia tolong waktu hari kejadian..tolong senduk nasi, tolong kutip pinggan kotor)..Golongan2 ni msti lah jaga perlakuan, jgn sampai menimbulkan fitnah..Haa, itu untuk hadirin.
Yang untuk pengantin pulak, pengantin kene jaga aurat.. Pakaian tu jangan terdedah sane terdedah sini..
Suami awak tu baru je sehari nikah ngn awak, dah dapat dosa free sbb awak dedah aurat..
Cian suami awak haaaaaaaaaa....
Dan yang terakhir, tujuan..
Niat untuk memperkenalkan pengantin kepada masyarakat, sahabat, keluarga dan jiran tetangga..Bukan untuk bermegah.. Niat tu penting ok..

Fuh, penat la jugak menaip panjang2 ni..
Sampai sini aje la ye..
Harap bermanfaat..
Assalamualaikum comel~

Thursday, August 4, 2011

"Makian tu gurauan sebenarnye..".......??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kawan2..
Apa khabar kalian semua??
Ida harap semua dalam keadaan sihat dan bahagia dengan kehidupan yang sedang dilalui sekarang..
Ida juga alhamdulillah, sihat dan bahagia dgn apa adanya...
Di kesempatan ini, Ida rase masih belum terlewat untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..
Semoga Ramadhan yang kita lalui kali ni memberi seribu satu kebaikan dan anjakan yang bermakna dalam hidup kita di dunia dan akhirat...

Mintak maaf kepada kawan2 yang ternanti2 entry terbaru dari Ida..
Terima kasih juga sebab sudi menjengah ke blog ni dan baca entry2 Ida yang x seberapa pn..
Ok lah, kali ni Ida cume nak kongsikan kepada kawan2 tentang suatu isu yang Ida rase patut dikupas sebab isu ni seolah2 telah menjadi budaya sesetengah kelompok masyarakat tidak kira usia, pendidikan, latarbelakang dan sebagainya..

Isu tersebut ialah isu :
"Memaki org ikut suke hati, mencarut-marut ikut sedap mulut"
Haaaa, kene la pulak rima akhirnye..

Ok lah,
Ida rase kita pon dah terbiasa berjumpa, berbual, berkawan atau berkenalan ngn org yang kadang2 x pandai nak jg mulut ni..
Kalo dengar butir bicara perbualan mereka tu, masyaAllah..
Isinye x banyak mane pon, yg banyaknye carut marut je..
Kate la satu ayat tu ada 9 patah perkataan, perkataan pembuka ngn penutup ayat tu msti ada yg x sedap didengar..
Contohnyee...contohnyee.. Adusss, nak bg contoh pon x tertulis dibuatnye..
Bg jugak la..anggap la ni Ida bg contoh untuk kebaikan ea..
" Wei laknat, markah Bahasa Melayu dia dapat 98%, sial!!!!"
Haaaaaaaaaa.....
Mungkin dia nak menunjukkan rase kagum n ketidakpercayaan dia pada kawan dia tentang markah kawan lg sorang tu...
Tapi x kan la sampai mcm tu kannnn..
Sorry to say laaa...
Kadang2 yang cakapkan perkataan2, ayat2 atau frasa2 yang x baik ni bukan je org2 yg x berpelajaran atau kurang akhlaknye..
Tapi org2 yang educated, org2 profesional n 'warak' pon terlibat same..
Dalam kelas, dalam kuliah, dalam ceramah n yg lagi teruk dalam masjid!!~
Seolah2 mcm x rase ape2 je bila dia cakap mcm tu..
Bila disuruh cakap gune bahasa Melayu baku, dia malu...
Tapi kalo cakap perkara2 x senonoh, maki n carut marut sane sini x malu pulak..
X tau la Ida mcmne boleh jadi mcm ni..
Mungkin Ida boleh bagi beberapa andaian sebab2 diorg jadi mcm ni..
1. Tak takut pada Allah ( Kurang didikan agama dan akhlak )
2. Persekitaran keluarga ( Budaya dalam keluarga )
3. Pengaruh rakan2 sebaya
4. Pengaruh media ( Filem2 yang x mendidik jiwa: Rempit, KL Gangster, bla bla bla )
5. Untuk mendapat pengaruh atau rakan
6. Untuk kelihatan cool
( Cool lah sangat!! )
7. Dan sebaginyaaaaaa

Kite ni kan orang Islam, nape la cakap mcm tu..
Orang bukan Islam sendiri pon kalo dengar org Islam cakap mcm tu, diorg pon geleng pale..
Orang bukan Islam pon tau ucapan2 mcm tu x baik..

Kalo rase2 x dapat nak kawal mulut tu daripada cakap n keluarkan perkataan2 yg bukan2, baik diam je..
Sebab Rasulullah SAW ada bersabda : " Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baik atau diam..."
Potongan hadis tersebut menunjukkan diam tu lebih baik daripada cakap perkara yang x berfaedah..


Al-Quran juga ada menyebut dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang mana Ida nak ambil sebahagian daripada nya iaitu :
"..... dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan panggilan yang buruk......"

Justeru sahabat2 semua, Ida nak nasihatkan diri Ida sendiri n kalian semua agar biasakan berbicara tentang perkara yang baik dan dengan bahasa yang baik..

Sebab ape kene cakap perkara yang baik??
Yang pertama, sebab Allah n Rasulullah dah larang..
Yang kedua, apa yang kita cakapkan sebenarnya adalah doa..
Kalo dah hari2, setiap kali bukak mulut je cakap perkara2 yg x baik mase berbual dgn kawan kita, pulak tu kawannye pon berbalas2 jugak makian tu, sudahnye dua2 saling mendoakan yang x baik antara satu sama lain secara x sedar..
Kesannye, makin hari, akhlak makin buruk, nauzubillah...
Mak Ida pernah bgtau Ida..
Mak kate mak dapat ilmu ni samada melalui ceramah kat tv atau mak bc buku, Ida pon x ingt la.. Yang penting mak kate, " Kalo kita mengutuk org lain, atau maki hamun dia dengan pelbagai kata kesat n pada masa tu Allah x tentukan kutukan tu utk kawan kita tu, maka kutukan yg kita tujukan padanya akan kena pada diri kita semula "..
Ni mak kate la.. Mak Ida ni rajin dengar ceramah n baca kitab2 agama.. Jadi, apa yg mak dapat, sume mak bgtau Ida..
Kalo salah, tlg betulkan lah ye..

Ok lah, rasenye sampai sini je kot entry kali ni..
Harap bermanfaat..
Sebelum tu Ida nak tegaskan pada kawan2 semua bahawa 'Setiap apa yang kita ucapkan, kita lafazkan, n apa yg kita doakan sesuatu yg x baik kpd org lain, KITA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN di akhirat kelak'...

Salam lemak manis dari Ida
~Wassalam~