BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 14, 2011

Tips Dari Cik IDA

Assalamualaikum pembuka bicara...
Hai sumee....
Lame sgt kite x jumpe kan..
X pe2, Ida dah datang utk mengubat kerinduan..
(Bajet ada yang rindu laaaa, perasan!!)

Ok2, seperti biasa idea untuk wat entry terbaru muncul dalam waktu2 yang pelik seperti waktu Ida tengah iron bj, basuh baju, waktu ngah termenung dalam bas KIFFAH, waktu ngah menyapu...
Emmm, mmg pelik...N waktu nak update blog ni pon pelik..
Waktu2 ngah keje melambak lah mood utk berblogging ni datang..
X ksah la..Hidayah dah sampai, kita layanzzzz je lah yeee..

Ok lah, kali ni Ida nak kongsikan satu tips..
Sori2, lupe nak maklumkan.. Ida dah tukar gelaran Ida dari "aku" kepada "saya" dan sekarang, IDA...
Haaaa, kan maniss cket..
Hahaha...

Ok2. sambung balik..
Tip yang Ida nak kongsikan ni ialah Tips Membentuk Keyakinan Ketika Berucap..
Tajuk langsung x menarik kan.. Skill nak menyusun n membungakan ayat waktu ni x keluar lagi..
Sabooo je laaaa...
Ramai kawan2 tanya kat Ida pasal ni..
Ida ni pon sebenarnye x la pandai sgt.. X la mahir sgt.. X la hebat sgt..
Tapi, apa yang Ida boleh kongsi, Ida kongsi lah ye..
Ida ni sebenarnye minat sangat kat bahasa...
Ida belajar bercakap yang pertama ofkos lah mak abah yang ajar kan..
Selain tu, Ida suka baca buku2 yang berbentuk motivasi, falsafah hidup, novel dan lain2..
Ayat2 yang terkandung dalam buku2 mcm ni pasti n tak boleh tidak, ayatnye akan tersusun betul n cantik je sekaligus mempengaruhi bahasa yang Ida guna dalam percakapan..
Dulu, cikgu kate kalo kita banyak baca komik, bahasa yang kita gune pon mcm dalam komik..
Jadi, Ida pon x la baca komik.. N sampai sekarang x minat pon nak baca komik..
Heiiiiiiiii, ape la yang Ida merepek ni hah...
Tadi kate nak kongsi tips kan...
Sori2!!!

Ok...Tips ni tips dari Ida sendiri lah ye..
Ida kongsi ape yang Ida buat n amalkan..


1. Buat Persediaan
Haaaaa, ni penting ni... Sebelum kite nak bercakap dpn umum, atau nak buat presentation, kite kene la buat persediaan dulu kan.. Caranye, kita study ape yang kita nak cakapkan dari sudut isinye, hubungkaitnya, isi2 lain, hujah dan sebagainya.. Ni penting supaya kita x mati kutu waktu bercakap atau waktu diajukan soalan..Kalo x dapat jawab dgn tepat pon sekurang2nya kita dapat goreng ayat DENGAN YAKIN...

2. Berlatih Bercakap Depan Cermin
Cara yang ni kalo x nak dapat malu, jgn buat kat toilet Kolej ok..
Buat kat dalam bilik.. Maksud latih bercakap kat sini ialah latih bercakap dengan INTONASI n MIMIK MUKA.. Hal ini kerana (dah masuk ayat buku dah..), intonasi n mimik muka memainkan peranan yang penting dalam penyampaian maklumat yang kita sampaikan.. Perkara2 ni pon memainkan peranan dalam mempengaruhi mood n minat orang lain terhadap kita.. Jadi, cuba lah ye...

3. Mengimaginasi
Bagi Ida, ni pon salah satu perkara terpenting dalam membentuk keyakinan diri.. Kita bayangkan yang kita dapat bercakap dengan baik..Kita bayangkan yang orang kagum dengan kita.. Bayangkan cara kita bercakap n respon positif orang pada kita.. Kita bayangkan intonasi yang kita gune waktu kita bercakap.. Susah nak terangkan pasal ni lah..Ttb x ada idea..Hahahaha

4. Niat
Ni pon penting...Ramai orang x faham tentang ni...Niat ni bukan hanya niat kerana Allah..
Niat yang Ida maksudkan kat sini ialah kita niatkan ape yang kita nak cakap n sampaikan pada orang lain ni difahami oleh mereka..
Niat nak membantu mereka mencapai n memperolehi apa yang kita sampaikan..
Ida akan rase malu kalo apa yang Ida sampaikan x difahami oleh orang lain..Bagi Ida, Ida dah gagal dalam pengucapan atau presentation tu..Huhu..

5. Penggunaan Bahasa Dan Susunan Ayat
Seterusnya, untuk orang lain faham apa yang kita sampaikan, kita kene gunakan bahasa yang betul n tersusun.. Belajar guna bahasa2 yang jelas dan difahami semua orang walaupon kita ada banyak kosa kata yang canggih lagi bombastik..
Guna ayat yang tersusun.. Biar la orang kate kita cakap gune ayat buku..
Ape nak heran.. Wekkk!!

6. Suara
Selain tu, suara juga memainkan peranannya..
Bukan isu suara sedap ke tak..Merdu ke tak..
Yang Ida nak jelaskan ialah, suara tu kene jelas n kuat..
Bukan lah sampai kene menjerit.. Paling tidak pon biar semua orang yang ada depan kita tu dengar apa yang kita sampaikan dengan jelas tanpa perlu mengorek telinga saat tu jugak!!
Hahahahaha...
Tapi bergantung jugak pada bilangan orang kat depan kita n keadaan tempat tersebut samada luas atau sempit, tempat terbuka atau tertutup...

7. Eye Contect
Haaaaaaa, dalam kita bercakap, eye cntct ni penting.. Ni hukum komunikasi ni..
Bukan waktu nak presentation je, waktu kita bercakap ngn kawan2 pon sama.. Ni sebagai penghargaan kita kat kawan kita bahawa kehadirannya kita terima n kita prihatin kat apa yang dia cakapkan... Eye cntct ni juga melatih keyakinan diri kita waktu bercakap..
Ramai orang cakap, kalo nak berucap ke berpidato ke jangan pandang penonton..
Ida rase cara ni salah.. Bagi Ida, makin kita pandang penonton, makin mengurangkan rasa gemuruh.. Nak2 kalo ada VIP.. Pandang n renung je diorang tu sejenak.. Kalo dia pandang kita, bg senyuman yang paling manis kat dia.. Siyes, x tipu..Gemuruh tu akan beransur pergi..Kene la selawat banyak2, mintak Allah bagi ketenangan n kemudahan di samping mintak semangat dari kawan2 n insan2 tersayang..=)

8. Penampilan
Untuk tampil berkeyakinan, penampilan kita kene lah menarik..
Menarik di sini ialah pakaian kita sesuai, kita selesa ngn apa yang kita pakai..
Bagi Ida kan, kalo Ida pakai baju yang Ida x selesa, keyakinan diri Ida merundum..
Serba x kene jadinya...

Lagi ape ek....
Haaaaa, tawakal lah pada Allah....
Kita dah usaha kan, jadi kita berserah je la kat Allah..
Segala sesuatu tu akan atau x akan berlaku adalah dengan izinNya..

Ini je lah yang Ida nak sampaikan..
Salam Lemak Maniss Dari Ida
(^_^)