BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

Kompang dipalu, pengantin baru!!~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sume...

Alhamdulillah
Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kawan2 sume..

Pada entry kali ni, Ida nak buat kupasan buku/kitab..=)
Bulan lepas Ida ada berbincang sesuatu dengan kawan Ida..
Mungkin ada yang terfikir, hal bulan lepas tapi baru ni nak jadikan entry??
Haha, Ida ni mmg mcm ni..
Kalo ada perkara yang Ida rase Ida kurang faham, kurang jelas, belum dapat jawapan, belum membuat rujukan semula, Ida akan dok pikir je perkara tu sampai Ida dapat jawapan..
Alhamdulillah, sekarang Ida dah dapat jawapan bagi persoalan dalam perbincangan tersebut..
So, Ida nak share lah ngn kawan2 sume..
Kami berbincang tentang salah satu adat yang biasa masyarakat kita lakukan dalam majlis perkahwinan iaitu Majlis Persandingan..
Ida dengan kawan Ida ni mula bincang pasal hal persandingan ni lepas ternampak gambar seorang ustaz kami yg baru melangsungkan perkahwinan..
Ada la majlis bersanding..
Kawan Ida ni berkata (lebih kurang mcm ni lah ye) :" Ustaz ni pon bersanding?? Ish ish ish.."
Ida terfikir, berdosa ke bersanding?? Apa yang Ida tau bersanding tu hukumnye harus sepertimana yang Ida dah belajar dalam Syariah sewaktu Tingkatan 5 dan Tingkatan 6..
Entah macam mana, hari ni Ida selongkar kotak buku2 sekolah, terjumpa Buku Pengantar Fiqh yang Ida gunakan sebagai rujukan sewaktu Tingkatan 6 dulu2..
Ida pon cepat2 bukak bab Munakahat, tajuk Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan.


Meh Ida kongsikan dengan kawan2 tentang hal adat bersanding sepertimana yang telah dikupas dalam buku ni ye..Ida bg ringkasan dia..

Ok, sume msti tau ape tu bersanding kan??
Ke ada yg x tau??
Bersanding ni menurut pengertian bahasa ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami isteri yang baru dikahwinkan di atas satu pentas khas yang dihias indah..
Kenapa pulak nak bersanding??
Haaa, antara tujuan bersanding ialah :
1. Untuk menjadi ingatan atau kenangan kepada pasangan pengantin pabila hari tua.
2. Meraikan perkahwinan anak-anak yg biasanya berlangsung sekali seumur hidup.
3. Memperkenalkan pengantin kepada masyarakat.
4. Mengisytiharkan perkahwinan

Seterusnya, yang paling penting Ida nak share ngn kawan2 ialah PENDAPAT ULAMA' TENTANG ADAT BERSANDING.
Wolopun upacara dan amalan bersanding tu x ditentukan dalam syarat perkahwinan serta bukan perkara wajib, namun Mufti Kerajaan Malaysia telah bersepakat mengHARUSkan amalan bersanding dengan syarat tertentu :
1. Majlis tersebut x ada sebarang unsur2 yang bercanggah dengan agama.
2. X melampau dan berlebihan
3. X ada unsur maksiat seperti tari menari dan nyanyian.
4. Mengadakan persandingan secara tertutup untuk muhrim pengantin lelaki dan muhrim pengantin perempuan.
5. Kalo nak diadakan secara terbuka, pengantin mestilah memakai pakaian yang menutup aurat.

Bagi yang nak bersanding, permintaan family nak tgk majlis persandingan diadakan, boleh je...
Tapi, mstilah x bercanggah dgn syara' dan x lari daripada hukum harus tu..
Majlis tersebut hendaklah dimulakan dan diisi dengan bacaan doa selamat, bukannye dengan nyanyian org yg terpekik2..Buat sakit telinga jeee...
Hadirin yang nak menolong n mengikuti majlis tu pon kene jaga aurat n batasan.. Contohnye yg merewang (bahasa jawa ni, bahasa melayu ape ek...tolong2 tuan rumah buat persediaan majlis), yang kendarat ( ni pon bahasa jawa jugak la rasenye..maksudnye kendarat ni dia tolong waktu hari kejadian..tolong senduk nasi, tolong kutip pinggan kotor)..Golongan2 ni msti lah jaga perlakuan, jgn sampai menimbulkan fitnah..Haa, itu untuk hadirin.
Yang untuk pengantin pulak, pengantin kene jaga aurat.. Pakaian tu jangan terdedah sane terdedah sini..
Suami awak tu baru je sehari nikah ngn awak, dah dapat dosa free sbb awak dedah aurat..
Cian suami awak haaaaaaaaaa....
Dan yang terakhir, tujuan..
Niat untuk memperkenalkan pengantin kepada masyarakat, sahabat, keluarga dan jiran tetangga..Bukan untuk bermegah.. Niat tu penting ok..

Fuh, penat la jugak menaip panjang2 ni..
Sampai sini aje la ye..
Harap bermanfaat..
Assalamualaikum comel~

Thursday, August 4, 2011

"Makian tu gurauan sebenarnye..".......??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kawan2..
Apa khabar kalian semua??
Ida harap semua dalam keadaan sihat dan bahagia dengan kehidupan yang sedang dilalui sekarang..
Ida juga alhamdulillah, sihat dan bahagia dgn apa adanya...
Di kesempatan ini, Ida rase masih belum terlewat untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..
Semoga Ramadhan yang kita lalui kali ni memberi seribu satu kebaikan dan anjakan yang bermakna dalam hidup kita di dunia dan akhirat...

Mintak maaf kepada kawan2 yang ternanti2 entry terbaru dari Ida..
Terima kasih juga sebab sudi menjengah ke blog ni dan baca entry2 Ida yang x seberapa pn..
Ok lah, kali ni Ida cume nak kongsikan kepada kawan2 tentang suatu isu yang Ida rase patut dikupas sebab isu ni seolah2 telah menjadi budaya sesetengah kelompok masyarakat tidak kira usia, pendidikan, latarbelakang dan sebagainya..

Isu tersebut ialah isu :
"Memaki org ikut suke hati, mencarut-marut ikut sedap mulut"
Haaaa, kene la pulak rima akhirnye..

Ok lah,
Ida rase kita pon dah terbiasa berjumpa, berbual, berkawan atau berkenalan ngn org yang kadang2 x pandai nak jg mulut ni..
Kalo dengar butir bicara perbualan mereka tu, masyaAllah..
Isinye x banyak mane pon, yg banyaknye carut marut je..
Kate la satu ayat tu ada 9 patah perkataan, perkataan pembuka ngn penutup ayat tu msti ada yg x sedap didengar..
Contohnyee...contohnyee.. Adusss, nak bg contoh pon x tertulis dibuatnye..
Bg jugak la..anggap la ni Ida bg contoh untuk kebaikan ea..
" Wei laknat, markah Bahasa Melayu dia dapat 98%, sial!!!!"
Haaaaaaaaaa.....
Mungkin dia nak menunjukkan rase kagum n ketidakpercayaan dia pada kawan dia tentang markah kawan lg sorang tu...
Tapi x kan la sampai mcm tu kannnn..
Sorry to say laaa...
Kadang2 yang cakapkan perkataan2, ayat2 atau frasa2 yang x baik ni bukan je org2 yg x berpelajaran atau kurang akhlaknye..
Tapi org2 yang educated, org2 profesional n 'warak' pon terlibat same..
Dalam kelas, dalam kuliah, dalam ceramah n yg lagi teruk dalam masjid!!~
Seolah2 mcm x rase ape2 je bila dia cakap mcm tu..
Bila disuruh cakap gune bahasa Melayu baku, dia malu...
Tapi kalo cakap perkara2 x senonoh, maki n carut marut sane sini x malu pulak..
X tau la Ida mcmne boleh jadi mcm ni..
Mungkin Ida boleh bagi beberapa andaian sebab2 diorg jadi mcm ni..
1. Tak takut pada Allah ( Kurang didikan agama dan akhlak )
2. Persekitaran keluarga ( Budaya dalam keluarga )
3. Pengaruh rakan2 sebaya
4. Pengaruh media ( Filem2 yang x mendidik jiwa: Rempit, KL Gangster, bla bla bla )
5. Untuk mendapat pengaruh atau rakan
6. Untuk kelihatan cool
( Cool lah sangat!! )
7. Dan sebaginyaaaaaa

Kite ni kan orang Islam, nape la cakap mcm tu..
Orang bukan Islam sendiri pon kalo dengar org Islam cakap mcm tu, diorg pon geleng pale..
Orang bukan Islam pon tau ucapan2 mcm tu x baik..

Kalo rase2 x dapat nak kawal mulut tu daripada cakap n keluarkan perkataan2 yg bukan2, baik diam je..
Sebab Rasulullah SAW ada bersabda : " Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baik atau diam..."
Potongan hadis tersebut menunjukkan diam tu lebih baik daripada cakap perkara yang x berfaedah..


Al-Quran juga ada menyebut dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang mana Ida nak ambil sebahagian daripada nya iaitu :
"..... dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan panggilan yang buruk......"

Justeru sahabat2 semua, Ida nak nasihatkan diri Ida sendiri n kalian semua agar biasakan berbicara tentang perkara yang baik dan dengan bahasa yang baik..

Sebab ape kene cakap perkara yang baik??
Yang pertama, sebab Allah n Rasulullah dah larang..
Yang kedua, apa yang kita cakapkan sebenarnya adalah doa..
Kalo dah hari2, setiap kali bukak mulut je cakap perkara2 yg x baik mase berbual dgn kawan kita, pulak tu kawannye pon berbalas2 jugak makian tu, sudahnye dua2 saling mendoakan yang x baik antara satu sama lain secara x sedar..
Kesannye, makin hari, akhlak makin buruk, nauzubillah...
Mak Ida pernah bgtau Ida..
Mak kate mak dapat ilmu ni samada melalui ceramah kat tv atau mak bc buku, Ida pon x ingt la.. Yang penting mak kate, " Kalo kita mengutuk org lain, atau maki hamun dia dengan pelbagai kata kesat n pada masa tu Allah x tentukan kutukan tu utk kawan kita tu, maka kutukan yg kita tujukan padanya akan kena pada diri kita semula "..
Ni mak kate la.. Mak Ida ni rajin dengar ceramah n baca kitab2 agama.. Jadi, apa yg mak dapat, sume mak bgtau Ida..
Kalo salah, tlg betulkan lah ye..

Ok lah, rasenye sampai sini je kot entry kali ni..
Harap bermanfaat..
Sebelum tu Ida nak tegaskan pada kawan2 semua bahawa 'Setiap apa yang kita ucapkan, kita lafazkan, n apa yg kita doakan sesuatu yg x baik kpd org lain, KITA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN di akhirat kelak'...

Salam lemak manis dari Ida
~Wassalam~

Friday, July 8, 2011

"Sowryy, I Tak Nak Hipokrit OK!!"

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar sahabat-sahabat semua..
Semoga kalian sentiasa di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah..
Haaa, alhamdulillah mood nak blogging datang lagi, yeay!!Baik lah..


Kali ni Ida nak bincang sikit tentang suatu perkara yang dah lama diperkatakan n seringkali disebutkan oleh golongan2 tertentu seperti golongan ilmuan dan golongan 'egoan'

Perkara tersebut berkenaan dengan statement " Saya tak nak hipokrit "

Rasenye statement ni dah x asing lagi di pendengaran kita sebab kita boleh lihat n dgr di kaca television atau pun di majalah2 hiburan..

Malah adakalanya statement ini turut terlepas juga dibibir2 mungil sahabat kita...

Sebenarnye perkara ni merupakan salah satu perkara yang dah lama Ida fikirkan..

X salah sebenarnye dengan statement ni, cuma penggunaan statement ni semakin disalahgunakan dan disalahtafsirkan..

Sebelum tu Ida nak kupas maksud hipokrit tu dulu..

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hipokrit ni ialah orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnye..

Dalam kata lain, dia ni berpura2 baik lah..

Dalam istilah Arab, ia lebih dikenali sebagai munafiq..


Kenapa mereka guna statement tu??

Haaa... Bagi yang memang benar2 gunakan statement tu untuk menyatakan bahawa dia memang x nak jadi orang hipokrit atas niat yang baik serta jelas matlamat statement tu diucapkan, itu x jd masalah malah dapat pahala.

Tapi yang masalahnya bila mereka yang tertentu tu menggunakan statement ni untuk mempertahankan perbuatan mereka yang menyalahi hukum agama..

Mana ada orang kene tangkap sebab lumba haram, bila disoal siasat kenape terjerumus dgn aktiviti x berfaedah tu, dia jawab, " Sebab saya x nak jadi hipokrit.. Saya memang suka lumba haram.."

Ada ke org cakap mcm tu?? Hahaha, berani ea nak cakap mcm tu..

Selalunye statement ni keluar bila ditanya tentang cara berpakaian, cara bersosial dan sebagainya..

Demi memenuhi tuntutan nafsu n kemahuan duniawi, mereka sanggup membelakangkan hak Allah seterusnya mendabik dada dalam memperjuangkan perkara yang terang2 salah..

Apeeeeelah!!!

Kalo mcm tu dah salah kak oi...

Memanglah dari gaya percakapannye nampak mcm orang berpendirian..

Tapi hakikatnye, awak tu memperlihatkan sikap ego, keras kepala n x berlapang dada untuk menerima teguran walaupun awak keluarkan statement tu sambil mengukirkan senyuman semanis kurma!! Ehhh, ape nii... Hahaha...


Dalam hal yang membabitkan hukum-hukum Allah yang qat'i, yang mana jelas termaktub dalam al-Quran dan Hadis nabi, nak x nak kite kene ikut melainkan ada sebab yang betul2 menghalang kita melaksanakannye..

Bukan sebab2 picisan...

Bagi yang tak tahu hukum, boleh dimaafkan..

Tapi, rasenye x ramai yang terlalu jahil tentang hukum ni..

Kalo x tau yang mendalam pon, yang asas msti tau punye..

Masalahnye, ada juga golongan yang mempertikaikan

hukum tersebut n gubal hukum sendiri mengikut nafsu n logik akal je..

Bagi yang memang dah sedia maklum secara mendalam dan mendapat pendidikan secara rasmi di aliran agama, ianya BERDOSA sekiranya kita berbuat begini..

Sebabnye, kita tidak melaksanakan apa yang kita tau malah kita enggan mengakuinya..

Nauzubillah..

Jom la ikut Ida..

Sama2 fikir sejenak..

Buat ape lah kite berkeras dalam untuk mengingkari ape yg Allah dah perintahkan..

Kadang2 apa yg kita enggan buat tu, bukanlah susah mana nak buat..

Cuba buka minda n lapangkan dada kejap..

Cuba fikirkan..

Apa yang disarankan oleh Islam tu perkara yang salah atau yang betul..

Kalo dalam hati kita akui perkara tersebut betul, jadi mengapa kita tetap menolaknye..


Bagi yang dah sedia elok tu, jgn pula memandang rendah pada yang sederhana kerana belom tentu yang sederhana itu serendah yang disangka..

Boleh jadi dia akan lebih baik daripada awak..

Dan awak juga x tau bila n setakat mana kebaikan yang awak miliki tu akan berkekalan dalam diri sebab Allah itu Maha Berkuasa..

Allah berkuasa memberi hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya, juga menarik hidayah itu daripada sesiapa sahaja yang dikehendakinya..

Jangan pula melarikan diri daripada terus berkawan, bergaul dan bermesra dengan golongan yang sederhana itu kerana perbuatan tersebut lagi memburukkan keadaan dan menerbitkan persepsi negatif dalam diri mereka..

Dan jangan pula memandang mereka dengan ekor mata yang penuh dengan segala macam sindiran..

Menghadiahkan mereka dengan senyuman yang penuh ejekan..

Itu BUKAN cara berdakwah yang berkesan..

Rasulullah x ajar mcm tu pooooonnnn..


Ok lah ye..

Ida nak cakap itu je..

Ida ni pon x la baik sgt..

Kepale pon ada gila2 jugak..

Cume Ida nak berkongsi apa yang Ida fikirkan..

Agar kita sama2 dapat berubah jadi yang lebih baik dari hari ke hari..

Sebab tetap n berkeras dalam perkara yang DOSA tu akan buat kita x tenang..

Percaya lah..


Ok, tata sume...

Sama2 berdoa agar diri kita diberi hidayah n kekuatan untuk berubah ye..

Assalamualaikum..

Friday, July 1, 2011

Saiz 'M' ke 'L'??? Oh, Tidaaakkkkk!!!

Haaaaiiii..
Assalamualaikum Ida ucapkan kepada saudara saudari yang sudi menjengahkan diri ke blog Ida yang Merah Makngah ni..

Ok, pada kali ni Ida nak share cket satu pengalaman..
Pengalaman menjadikan saiz 'L' ke saiz 'M' apabila saiz 'M' telah bertukar menjadi saiz 'L'..
Maksudnye kat sini ialah nak menurunkan berat badan lah ye..


Ida terfikir nak buat entry ni sbb ada sorang sahabat Ida ni mengadu yg badan dia dah gemok..
Katenye la, kawan2 dia ejek2 dia disebabkan hal tersebut..
Lalu Ida pon menyarankan beberapa tips..
Sebelum tu Ida nak bgtau yg Ida ni bukanlah ramping bebeno..
Sejak hidup bersenang lenang ngn cuti semester yang terrrrlaluuu lame ni, badan Ida ni bertambah 'ramping' sampai baju pon dah naik 'longgar'..
Perkara yang sering berlaku kalo cuti semester..
Hehe

Cume, Ida pernah la menyusutkan diri supaya kembali ideal..
Sem lepas Ida dapat beberapa undangan untuk menjadi pengacara Majlis Makan Malam atau lebih dikenali sbg Diner..
Jadi, untuk mendapatkan keselesaan n keyakinan semasa berada di atas pentas, Ida pon amik la inisiatif utk berdiet..

Ape yang Ida buat??
Haaaa, cara ini betul2 berkesan..
Ida x tipu..
Dalam masa 2 minggu dah nampak kesan yang memberangsangkan..

  1. Ida Kurangkan Pengambilan Nasi
Ida gantikan pengambilan nasi dengan makanan yang lebih ringan cket seperti mee hoon soto..
Tiap hari ida makan mee hoon soto..
Mee kuning pon dikira berat n boleh menyebabkan gemok..Jadi jgn amik mee kuning..
Kalo Ida nak amik nasi pon, dalam seminggu Ida cume amik 2-3 kali je..

2. Ida Berhentikan Pengambilan Air Batu/ Sejuk

Cara ni pon membantu jgk dalam menurunkan berat badan..
Sebenarnye, Ida x minum ais tu sebab nak jg suare..
Al-maklumlah waktu tu ngh musim batuk..
Tapi Ida memang pernah terbace yang air batu atau air sejuk salah satu sebab peningkatan berat badan taw..

3. Ida Tak Amik Makan Malam

Bagi sesiapa yang dah biasa amik makan malam, meeemang la sangat menyiksakan..
Lapar wo0o0....
Tapi disebabkan keazaman yang kuat, Ida tahan jugak..
Kalo agak2 dah nak nangis sbb lapo sgt, buat la air pastu makan la 3 keping biskut..
Jgn makan roti!!
Ida pon lapo taw mase mula2 tanak makan malam..
Dekat nak nangis dah..
Tapi bila dah hari ke3 amalkan perkara yg sama, dah x rase lapo dah bila malam..

4. Jogging!!

Haaa, cara ni paling jarang2 sgt Ida buat sebenarnye..
Kalo rajin je Ida jogging..
Sape yg rajin nak buat, bagus..
Tapi yg dah lame x jogging tu,baik jalan je dulu..Jalan la laju2, jangan lenggang kangkung!!

Ok..itu je la yang Ida amalkan..
Ida x tipu...
Betul2 berkesan..
Mula2 kawan Ida kate biase je mcm x ada perubahan pon saiz Ida..
Tapi bila dah masuk 2-3 minggu, banyak la kawan2 tegur Ida dah kurus..
Baju yang ketat dah jd longgar sangat...
Alhamdulillah..

Tapiiiii, sekarang bdn dah naik semula...
Nak buat mcm ne kan... Bdn cepat naik..
Nak mengeluh selalu pon x elok..
Ida selalu komplen badan Ida gemok kat mak..
N selalu jugak la mak bising..
Mak cakap, jgn asyik komplen diri tu..
Yang penting badan tu sihat..
Ada orang lain tu badan ramping,cantik molek..
Tapi ada penyakit,,
Bersyukurlah...
Cume, kene kawal lah jugak..
Nasihat utk diri sendiri..
"Ida oiiii, jgn asyik makan jeee...Kang badan gemok kang mulut tu bising plak.."

Haaa,sekali sekala bebelkan diri sendiri tu bagus la jgk..
Terasa diri ni disayangi oleh diri sendiri..
Ngee~

Ok lah, selamat mencuba...
Hehe,tah hape2 la tips Ida ni kan...

Sekadar Meng'update Blog Jewwww..

Assalamualaikum...
Setelah sekian lame, baru hari ni Ida dapat semangat balik utk update blog ni..
Alhamdulillah..
Nasib baik masih ingat password..

Ok lah, sebenarnye banyak perkara yang telah berlaku sepanjang Ida x update blog ni..
Kalo diikutkan, boleh la buat dalam 7-8 entry..
Tapi disebabkan malas kan...
Malas ni mmg racun yang boleh merosakkan mcm2 perkara taw..
Ida sekarang ada di rumah..
Kat Melaka ni..
Baru je habis short sem sebenarnye..

Alhamdulillah..

Short semester yang Ida amik tu tersangatla relax..
Amik cume 1 subjek je.. Kelas pon cume hari Isnin ngn Khamis je..
Sepanjang short semester tu Ida duduk menumpang je kat bilik kawan..

Selain bilik kawan, Ida duduk dengan kawan Ida kat Seksyen 7, Apartment Sri Lvnder.. Sepanjang duduk ngn kawan Ida ni, asyik berjalan je..
Hehehe..sangatlah seronok yang beronok-ronok..
Kesannye, bile dah kat umah ni, mudah sangat rase bosan..
Disebabkan bosan tu, Ida pon telah menjala
nkan operasi makan besar-besaran secara menyeluruh dan bersepadu.. hehe

Sedikit selingan....... (Ni la retoran yang slalu Ida g ngn kawan2 sepanjang short semester)

Se
lera bukan main...
Sudahnye berat Ida dah naik..
Memang comel..
Haha..

Ok lah, dah x tau nak tulis ape lg sbnrnye..
Sbnrnye x ada idea ni..

Main tulis je..

Nk update blog punye pasal..


Lain kali kite jumpe lagi dengan coretan2 yang lebih bermanfaat..

Monday, March 14, 2011

Tips Dari Cik IDA

Assalamualaikum pembuka bicara...
Hai sumee....
Lame sgt kite x jumpe kan..
X pe2, Ida dah datang utk mengubat kerinduan..
(Bajet ada yang rindu laaaa, perasan!!)

Ok2, seperti biasa idea untuk wat entry terbaru muncul dalam waktu2 yang pelik seperti waktu Ida tengah iron bj, basuh baju, waktu ngah termenung dalam bas KIFFAH, waktu ngah menyapu...
Emmm, mmg pelik...N waktu nak update blog ni pon pelik..
Waktu2 ngah keje melambak lah mood utk berblogging ni datang..
X ksah la..Hidayah dah sampai, kita layanzzzz je lah yeee..

Ok lah, kali ni Ida nak kongsikan satu tips..
Sori2, lupe nak maklumkan.. Ida dah tukar gelaran Ida dari "aku" kepada "saya" dan sekarang, IDA...
Haaaa, kan maniss cket..
Hahaha...

Ok2. sambung balik..
Tip yang Ida nak kongsikan ni ialah Tips Membentuk Keyakinan Ketika Berucap..
Tajuk langsung x menarik kan.. Skill nak menyusun n membungakan ayat waktu ni x keluar lagi..
Sabooo je laaaa...
Ramai kawan2 tanya kat Ida pasal ni..
Ida ni pon sebenarnye x la pandai sgt.. X la mahir sgt.. X la hebat sgt..
Tapi, apa yang Ida boleh kongsi, Ida kongsi lah ye..
Ida ni sebenarnye minat sangat kat bahasa...
Ida belajar bercakap yang pertama ofkos lah mak abah yang ajar kan..
Selain tu, Ida suka baca buku2 yang berbentuk motivasi, falsafah hidup, novel dan lain2..
Ayat2 yang terkandung dalam buku2 mcm ni pasti n tak boleh tidak, ayatnye akan tersusun betul n cantik je sekaligus mempengaruhi bahasa yang Ida guna dalam percakapan..
Dulu, cikgu kate kalo kita banyak baca komik, bahasa yang kita gune pon mcm dalam komik..
Jadi, Ida pon x la baca komik.. N sampai sekarang x minat pon nak baca komik..
Heiiiiiiiii, ape la yang Ida merepek ni hah...
Tadi kate nak kongsi tips kan...
Sori2!!!

Ok...Tips ni tips dari Ida sendiri lah ye..
Ida kongsi ape yang Ida buat n amalkan..


1. Buat Persediaan
Haaaaa, ni penting ni... Sebelum kite nak bercakap dpn umum, atau nak buat presentation, kite kene la buat persediaan dulu kan.. Caranye, kita study ape yang kita nak cakapkan dari sudut isinye, hubungkaitnya, isi2 lain, hujah dan sebagainya.. Ni penting supaya kita x mati kutu waktu bercakap atau waktu diajukan soalan..Kalo x dapat jawab dgn tepat pon sekurang2nya kita dapat goreng ayat DENGAN YAKIN...

2. Berlatih Bercakap Depan Cermin
Cara yang ni kalo x nak dapat malu, jgn buat kat toilet Kolej ok..
Buat kat dalam bilik.. Maksud latih bercakap kat sini ialah latih bercakap dengan INTONASI n MIMIK MUKA.. Hal ini kerana (dah masuk ayat buku dah..), intonasi n mimik muka memainkan peranan yang penting dalam penyampaian maklumat yang kita sampaikan.. Perkara2 ni pon memainkan peranan dalam mempengaruhi mood n minat orang lain terhadap kita.. Jadi, cuba lah ye...

3. Mengimaginasi
Bagi Ida, ni pon salah satu perkara terpenting dalam membentuk keyakinan diri.. Kita bayangkan yang kita dapat bercakap dengan baik..Kita bayangkan yang orang kagum dengan kita.. Bayangkan cara kita bercakap n respon positif orang pada kita.. Kita bayangkan intonasi yang kita gune waktu kita bercakap.. Susah nak terangkan pasal ni lah..Ttb x ada idea..Hahahaha

4. Niat
Ni pon penting...Ramai orang x faham tentang ni...Niat ni bukan hanya niat kerana Allah..
Niat yang Ida maksudkan kat sini ialah kita niatkan ape yang kita nak cakap n sampaikan pada orang lain ni difahami oleh mereka..
Niat nak membantu mereka mencapai n memperolehi apa yang kita sampaikan..
Ida akan rase malu kalo apa yang Ida sampaikan x difahami oleh orang lain..Bagi Ida, Ida dah gagal dalam pengucapan atau presentation tu..Huhu..

5. Penggunaan Bahasa Dan Susunan Ayat
Seterusnya, untuk orang lain faham apa yang kita sampaikan, kita kene gunakan bahasa yang betul n tersusun.. Belajar guna bahasa2 yang jelas dan difahami semua orang walaupon kita ada banyak kosa kata yang canggih lagi bombastik..
Guna ayat yang tersusun.. Biar la orang kate kita cakap gune ayat buku..
Ape nak heran.. Wekkk!!

6. Suara
Selain tu, suara juga memainkan peranannya..
Bukan isu suara sedap ke tak..Merdu ke tak..
Yang Ida nak jelaskan ialah, suara tu kene jelas n kuat..
Bukan lah sampai kene menjerit.. Paling tidak pon biar semua orang yang ada depan kita tu dengar apa yang kita sampaikan dengan jelas tanpa perlu mengorek telinga saat tu jugak!!
Hahahahaha...
Tapi bergantung jugak pada bilangan orang kat depan kita n keadaan tempat tersebut samada luas atau sempit, tempat terbuka atau tertutup...

7. Eye Contect
Haaaaaaa, dalam kita bercakap, eye cntct ni penting.. Ni hukum komunikasi ni..
Bukan waktu nak presentation je, waktu kita bercakap ngn kawan2 pon sama.. Ni sebagai penghargaan kita kat kawan kita bahawa kehadirannya kita terima n kita prihatin kat apa yang dia cakapkan... Eye cntct ni juga melatih keyakinan diri kita waktu bercakap..
Ramai orang cakap, kalo nak berucap ke berpidato ke jangan pandang penonton..
Ida rase cara ni salah.. Bagi Ida, makin kita pandang penonton, makin mengurangkan rasa gemuruh.. Nak2 kalo ada VIP.. Pandang n renung je diorang tu sejenak.. Kalo dia pandang kita, bg senyuman yang paling manis kat dia.. Siyes, x tipu..Gemuruh tu akan beransur pergi..Kene la selawat banyak2, mintak Allah bagi ketenangan n kemudahan di samping mintak semangat dari kawan2 n insan2 tersayang..=)

8. Penampilan
Untuk tampil berkeyakinan, penampilan kita kene lah menarik..
Menarik di sini ialah pakaian kita sesuai, kita selesa ngn apa yang kita pakai..
Bagi Ida kan, kalo Ida pakai baju yang Ida x selesa, keyakinan diri Ida merundum..
Serba x kene jadinya...

Lagi ape ek....
Haaaaa, tawakal lah pada Allah....
Kita dah usaha kan, jadi kita berserah je la kat Allah..
Segala sesuatu tu akan atau x akan berlaku adalah dengan izinNya..

Ini je lah yang Ida nak sampaikan..
Salam Lemak Maniss Dari Ida
(^_^)

Tuesday, February 22, 2011

Kenapa saya suke jadi cikgu!!!

Assalamualaikum...
Halloooooooo...
Waaa,ayat wajib : "Dah lame x update blog!!"
Hahahaha..

Ok2..hari ni ttb saya dapat idea utk update blog saya ni..
Ceh, dah bersaya2 plak ye..
Saje je nak tukar..
Nampak la cket keayuan n kesopanan kan..kan..kan..
(^_^)

Masa iron baju pagi tadi ttb je terfikir nak cakap pasal perkara ni..(Entry yang akan dibuat dalam masa beberapa saat dari sekarang)
Macam ni..tadi ttb terfikir, betapa bangganya bila dah bergelar guru..
Kenapa agaknye ye saya pilih nak jadi guru..


Memang cita2 saya sejak kecik lagi..
Tapi mase kecik2 dulu ada banyak cite2..
Antaranya nak jadi pengacara tv, nak jadi pensyarah, nak jadi guru, n nak jadi pakar motivasi..
Tapi bila usia dah meningkat..pikir punye pikir, profesion perguruan lah yang paling ideal..
Banyak faktornya la..
Yang pertama mcm yg saya cakap tadi saya mmg minat nak jadi guru..
Saya minat sebab saya boleh berinteraksi dengan orang..
Lagi pon, pekerjaan guru ni mulia sangat2..
Amal jariah berpanjangan selagi mana apa yang kita sampaikan tu membawa manfaat untuk anak didik kita..

Selain tu, kenapa saya nak jadi guru..
Macam yang semua org tau, guru ni banyak cuti kan..
Walaupon zaman sekarang ni guru punye keje terlalu lah banyak, tapi dari segi masa tu boleh la nak dikatekan ada untuk bercuti ngn family..
Jadi, kalo jadi guru, dapatlah saya tumpukan masa saya untuk suami n anak2..
Huhu..
Saya dah fikirkan hal ni sejak sekolah lagi..
Bila saya cerita kat kawan2 saya perkara ni, diorang cakap saya berangan2..
Memang lah berangan2..Tapi kalo difikirkan balik, saya bukan sekadar berangan2.. Saya fikirkan masa depan sebenarnya..
Saya x nak la bila dah keje, suami n anak2 terabai...
Didikan anak terabai..
Biar lah org kate gaji guru x banyak.. X setimpal ngn kerja..
Bagi saya ada perkara yang lebih penting untuk diambil kira berbanding perkara tu..
Keluarga lagi penting..
Saya kan perempuan/ wanita..
Hehe

Selain tu, kerjaya guru ni adalah kerjaya yang mak saya suka sangat2..
Kiranya, kalo saya jadi guru, maka terlaksanalah harapan dan cita2 mak saya...
Mak saya suri rumah..
Tapi kalo g mana2 orang mesti cakap yang mak saya ni guru..
"Awak ngaja kat mane"
"Awak ustazah ye?"
Macam tu la bunyinye..
Bukan mak saya je yang kene..
Saya pon kene tempiasnye..
Dulu masa baru balik sekolah,jalan2 kat melaka sentral, orang akan panggil saya cikgu..
Memang dah rezeki saya jadi cikgu kot..
Ok lah..nak g kelas ni..
Tata comel..
Salam!!!

Wednesday, January 26, 2011

Sekali Lagi Aku Belajar...

Salam buat kawan2..
Hari ni, hari Rabu yang penuh sejarah dalam hidup ak..

Peristiwa dalam kelas Hubungan I
nsan tadi x akan ak lupakan selamanya..
Banyak yang ak pelajari, banyak yang ak sedari rentetan daripada peristiwa itu..

Mungkin ak yang bersalah....

Pertama kali dimalukan sebegitu rupa..

Terima kasih kepada pensyarah tu..

Terima kasih kerana telah menjatuhkan harga diri dan air muka ak di khalayak ramai..

Usah lah menyebut istilah HUBUNGAN INSAN kat depan ak sebab ak lebih tau makna tersirat disebal
iknya berbanding dia yang bergelar Dr..
Berhentilah menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan andai diri sendiri x mencontohkan perilaku yang sewajarnya..
Memang sedih atas apa yang berlaku..

Malu sangat2...

Tapi pe
ristiwa tadi memberikan ak 2 pengajaran yang orang lain x dapat dalam kelas td..
Yang pertama, menghormati per
asaan orang lain dan jaga aibnya..
Masa kene hentam tadi, hati ak ni rase sakit sangat..

Waktu tu terfikir secara ttb bahawa ini lah yang akan dirasai oleh anak2 murid ak sekiranya ak malukan mereka di hadapan sahabat2nya..

Rasanya x sama macam luka akibat jatuh basikal..

Malunya x sama macam tergagap ketika be
rpidato di atas pentas besar yang disaksikan menteri..
Justeru, dalam kesedihan tadi, ak berazam untuk menjadi seorang guru yang peka terhadap perasaan anak didik ku...

Bukan sahaja sebagai guru, malah sebagai manusia di atas muka bumi ni, ak harus menghormati dan
menjaga maruah orang lain sebagaimana ak menjaga harga diri ku..
InsyaAllah..

Ingatkan ak kalo ak terlupa untuk melaksanakannya...


Yang ked
ua...
Peristiwa tadi telah menyedarkan ak bahawa usia perkenalan yang lama dengan sahabat kita x menjamin bahawa dia memahami, mengenali dan menghargai kita sebagai seorang sahabat..
Tatkala ak dilanda kesedihan, tatkala ak sedang berhempas pulas mengawal emosi dan perasaan kat dewan kuliah tu tadi, sememangnya ak mengharapkan kata2 semangat darinya sebagai seorang sahabat yang paling hampir dengan ku..
Namun, dia seolah2 x mengerti apa yang ak sedang lalui di saat tu..

Berulangkali ak suarakan kepadanya bahawa ak rasa malu saat tu..

Berulang2 kali ak bisikkan namanya untuk meminta sedikit kekuatan...

Namun tiada reaksi daripadanya..

Tatkala ak mengeluarkan tisu untuk mengesat air mata lantaran kekalahan ku dalam mengawal perasaan, dia pandang tanpa rasa..

Hanya sekila
s pandang, mungkin..
Lalu ak bertanya..
" Ko x rasa sedih ke tengok ak diperlakukan mcm ni"
Ak memandang matanya..
Dia diam x bersuara, hanya senyum sumbing terlihat dibibirnya..

Ya Allah...

Tiada kata2 pujukan dari
bibirnya sebagai sahabat..
Tiada langsung sentuhan pujukan untuk mengalirkan kekuatan..

Tiada rasa simpati dari
pada ekor matanya..
Tidak tercuitkah walau secebis cuma
kat dalam hati kau wahai sahabat..

Ak beranggapan bahawa dia akan menunjukkan sedikit simpatinya di akhir kuliah itu..
Tapi, dia x berkata apa2 kepada ku..

Maka...
Ak berlalu meninggalkan dewan kuliah tu dengan kekuatan yang ak bina tanpa sahabat sepertinya...

Melangkahkan kaki dengan seribu satu rasa malu yang x terhingga...
Dengan seribu satu rasa kecewa...
Barulah ak kenal siapa dirinya yang selama ini ak anggap sahabat setia susah dan senang...
Terima kasih atas segalanya..

Terima kasih juga kepada sahabat2 yang baru ak kenali..

"Sungguhpun usia perkenalan kita tidaklah begitu lama, awak sume sudi memberikan kekuatan kepada saya..

Awak rasa sakit waktu saya disakiti..
Awak rasa sedih waktu saya bersedih..

Awak turut menangis saat saya teresak2 menzahirkan kesedihan di hati..
Terima kasih...."


p/s: maaf andai entry kali ni agak beremosi..
Salam sayang...

(^_^)

Saturday, January 22, 2011

Kembalinya Aku Dengan Sebuah Cerita...


Assalamualaikum...
Akhirnya, ak kembali juaaa...
Lepas naik je dr cuti sem yang lepas, mood utk ber-blogging agak merundum cket..
Al-maklum laaa, banyak kerja nak buat, banyak perkara nak difikirkan..

( Bajet bz sangat la konon ye)

X pe la...yang penting sekarang dah kembali..

Orang kate, yang lepas jangan dikenang..ye x..
Ok, sekembalinya ak di blog terchenta ni, nak la jugak ak bercerita cket kan..
Sebenarnye dah lama nak cerita kat korang...

Tapi, atas sebab kemalasan yang melampau utk update, maka tertangguh laaa..

Ok, mcm ni cerita dia...
Ni kisah dulu la kan..
Waktu tu ak pergi jalan2 ngn adik pmpn ak..

Sarah nama adik
ak tu..
Bukan pegi mana pon, g bli barang je...

Dah selesai bli barang, kitorag pon nak balik la...

Ingatkan mak nak jemput, tapi mak kate mak penat n mak suruh naik bas..

Waktu tu dah asar.. Kitorang pon solat dulu..

Nak dijadikan cerita, mase dalam surau awam kat basten Melaka (Melaka Sentral),
Macam-macam jenis orang yang ak tengok..
Ak kagum jugak kat beberapa orang wanita ni..

Kalo la tengok dari cara dia berpakaian, korang x kan sangka dia ni jenis yang pentingkan tuntutan agama khususnya bab solat..
Al- maklum laaa...sekarang ni ramai yang pandang ringan je aspek solat..

Wanita ni plak..Dia pakai skirt pendek paras peha..

Ak tengok dia pon mula2 pelik n terkejut jugak dia masuk surau..

Dalam ati ak yang jahat lagi kotor ni pon berang
gapan bahawa dia nak tumpang tido kot..
Tapi sangkaan ku meleset...

Dia solat..... Dia solat.....

Waktu tu, ak rasa terharu n tersentap jugak hati ni..

Astarghfirullah...

Sebab tu Islam ajar kita supaya bersangka baik dengan semua orang..

Siapa yang sangka, dengan pemakaian seperti tu
, dia masih teguh dengan kewajipan bersolat..
Waktu tu jugak ak teringat perkara yang berlawanan..
Dulu mase keje sambilan kat sebuah pasaraya, ak kenal la ngn sorang kakak ni...

Lawa...Tutup aurat..

Tapi malangnya dia sangat mengambil ringan bab solat..

Tak pernah nampak dia solat..

Bila ak ajak, dia cum
e kate, " Ida pergi la solat..."
Mula2 ak macam x percaya yang dia x solat sbb pada pandangan ak, orang yang ada kesedaran untuk tutup aurat dia ( Pakai tudung), biasanya solat..

Maklumlah kan, waktu tu ak baru habis sekolah, jadi paradigma n perspektif ak kat realiti kehidupan ni agak terhad n jumud cket...

Emm....
Tersedar dari lamunan bila Si Sarah ni tarik tangan ak, katanya bas dah nak bertolak..

Ak pon bergegas la ke
luar dari surau..
Sambil jalan, ak tersenyum sendiri n berfikir..

Betapa manusia di sekeliling kita yang pelbagai ragam n latar belakang ni mampu memberi kita ilmu n pelajaran yang x kan kita dapat dalam kelas atau kuliah..

Pemikiran kita x kan terbuka kalo kita x cuba b
uka minda kita untuk memerhati n memahami kehidupan...

Setiap makhluk yang Allah jadikan kat muka bumi ni ada fungsinya sendiri walaupon kadang2 kita terpaksa mengatakan..."Manusia macam ni x layak hidup.." atau "Aku x tau la nape ak kenal ngn orang mcm ko ni"......

Kebiasaannya kita mudah menilai n mengkategorikan seseorang tu berdasarkan sesuatu yang zahir...

Tapi tanpa kita sedari, kita x adil dalam penilaian tu...

Itu je nak cerita..

Harap bermanfaat untuk difikirkan..

Suatu didikan untuk diri sendiri juga..
Salam Sayang!!! (^_^)