BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 13, 2010

Tang Tong Tang Tong Kualiku Menyanyi

Salam sumer!!!!
Haiii..ape khabar dikau di sana??
Harap2 sihat lah hendaknya ye..
Ok2, hari ni x ada apa yang nak dicakap sebenarnye..
Cume nak cite je..
Hehehe..

Al-kisah...
Tadi, semasa ak nak masak untuk makan tengahari, ak bingung la jugak..
Ikan kembung yang abah beli tu nak dimasak ape ye..
Lalu, ak pon tanye lah kat abah..
"Bah, ikan ni nak dimasak ape ek bah??"
Abah pon jawab.." Entah lah ek.."
Maka, ak pon cadangkan untuk dimasak kicap..
Kata abah, " Alaaaa....abah muak la masak kicap"
Dalam hati ak, mcmne la bleh muak padahal sangat jarang2 masak kicap kat umah ni..
Pastu ak tanye mak..
"Mak, ikan ni nak dimasak ape ek? Kalo Ida masak asam pedas boleh x??"
Lalu mak pon menjawab, "Asyik masak asam pedas je...Mak dah nak termuntah dah makan asam pedas je"
Dalam ati ak...bile mase plak ak slalu masak asam pedas je ni...Hadoi..
Lalu, ak pon terpaksa membuat keputusan sendiri..
"Mak, abah...Ikan ni Ida sambalkan je la ea..Kalo masak kicap,mak suke tapi abah x suke.. Kalo masak asam pedas, abah suke mak x suke"
Jadiiiiiiiiiiiiii...meh sini, biar ak masak ape yang ak suke...
Ikan masak sambal!!!!!!


Lauk ni la yang paling kerap ak masak..
Tah bile kala la ak masak kicap n asam pedas banyak kali sampai muak2..
Musykilll ak..
Pas siap masak ikan, ak masak sayur plak...


Emm, boleh laaa..
Bak kate adik kecik ak..
"Ish, kak Da...Kak Da masak ikan sambal ea...Sedapnye Kak Daaaa"

Waaaa, kembang kempis la idong ak dipuji mcm tu...
Itu je nak cite..
Jemput makan sume..
Jangan malu2..Makan la ape yang ada ye..
Hehe, tata..
~Comel~

Friday, December 10, 2010

Memberi...

Assalamualaikum n salam sayang penuh ceria ak nak ucapkan untuk korang yang sudi berkunjung ke blog ak ni...Terima kasih!!

Ok, result sem ni dah keluar tadi...Alhamdulillah, bersyukur x terhingga ak nak panjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinanNya untuk ak memperoleh result yang x semegah ni.. alhamdulillah..

Tadi, agak kencang jugak la jantung ni berlari ke sana ke mari gara2 nak tggu result tadi..

Dah tau, baru la jantung ni na

k bertenang sikit..huhu

Cakap pasal result, ak teringatkan sorang kawan ak ni hah..

Sememangnya dia seorang kawan yang baik la..

Banyak sangat dia tolong ak..

Katanya, dengan pertolongannya kepada orang lain

, Allah akan permudahkan urusannya kelak..

Lalu, ke sana ke marilah dia pergi untuk MEMBANTU..

Alhamdulillah, berkat amal jariahnya tu Allah kurniakan result yang baik untuknya..

Tahniah.

..

Ternyata janji2 Allah tu bukanlah main2 atau sekadar cakap kosong je..

Allah kate, memberi itu lagi baik daripada menerima..

Sememangnya, semakin kita memberi semakin bertambah rezeki kita..

Percayalah...x kiralah dalam aspek harta ke doa ke tenaga ke...X ksah laaaa..

Jadi, x perlulah kita nak ked

ekut2 kan...X elok...

Kalo ada yang memerlukan, kita bantu..

Dalam belajar pon sama..

Ada juga dalam kalangan kita ni takot sangat orang amik ilmu dia..

Takot orang lagi pandai dr dia la..

Takot result orang lagi g

empak dari dia la..

Laaahaaaiiii...

Ada pulak yang x nak bg orang lain soalan spot yang dia dapat..

Nak makan sorang plak..

Bile ditanye, katanya.."X tau.."

Bila dibagitau, katanya.."Laaa,yekeee...Ko baru tau keee"

Hmmmm..

X elok mcm tu kawan....


Dah alang2 cakap pasal memb

eri ni kan..

Aritu ak baca buku kisah2 teladan..

Dah lame sebenarnye buku ni ada kat umah..

Kertasnye pon sampai dah jadi warne coklat..

Mak bli buku ni waktu ak kecik dulu..

Dah bertahun2 x bace ttb datang hidayah Allah untuk ak buka n baca buku tuuu..

Alhamdulillah...Nak dapat hidayah Allah tu bukan sekadar menanti je, tapi kita kene usaha..

Hidup ni satu pencarian sebenarnya..

Ok, sambung balik..

Tajuk buku ni Pengemis Tua Dari Pergunungan..

Meh ak cite cket..

Cite ni sebenarnya menceritakan akhlak puteri Rasulullah iaitu Fatimah Zahrah..

Yang mana, dikisahkan seorang lelaki tua yang miskin datang kepada Fatimah untuk meminta sedikit makanan dan pakaian..Walhal pada waktu tu Fatimah sendiri x ada apa2 untuk dimakan n keluarganya pon dah 3 ari berpuasa sebab x ada makanan..

Walaupun macam tu, dia x tergamak nak menghampakan lelaki tua tadi. Fatimah masuk ke dalam rumahnya, mencari-cari sesuatu yang boleh diberikan kepada lelaki tadi..

Dipendekkan cite, Fatimah terpaksa memberikan kalung kesayangannya iaitu satu2nya harta yang dimiliki saat itu.

Kata Fatimah ketika menghulurkan kalung tu pada lelaki tua tadi, "Semoga Allah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"

Ok la...Kalo nak cite lagi mmg panjang la kan..

Cube kita perhatikan akhlak Fatimah..

Dia x kedekut kan.. Dia x berkira2 pon nak membantu saudara seIslamnya yang dalam kesusahan..Sedangkan dia sendiri tengah susah..Malah, sanggup dia memberikan kalungnya yang paling dia sayang kepada lelaki tua yang langsung x dikenalinya tu..

Betapa ikhlasnya hati Fatimah..

Betapa mulianya hati Fatimah..

Nak bandingkan dengan kita ni yang diberikan rezeki melimpah ruah..

Itu pon masih nak kedekut...

Emm, ok la...Semoga entry kali ni bermanfaat kepada kalian walau sekelumit cuma..

Sekadar perkongsian untuk difikirkan dan dijadikan pedoman buat diri sendiri dan korang..

Salam sayang penuh kecomelan..

~Tata~

Sunday, December 5, 2010

Kerana Bulu Mata Masuk Ke Syurga

Assalamualaikum, Sekadar nak kongsi..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..



Dipetik daripada note seorang sahabat, sekadar untuk renungan bersama.
~Comel~

Saturday, December 4, 2010

Tak Tau La Nak Letak Tajuk Ape..

Assalamualaikum
Haaaaa, salam dah diberi..
Sekarang mule la nak story2..

Hari ni kat Melaka hujan dari pagi sampai petang..
Agak sejuk jugak la..
Ak n member2 konvoi g umah org kawen..
Ada la dalam 3 kete..
Pertama, kitorg g umah member lame ak..
Name dia Umairah Zakaria..
Waaaaa....Umai dah kawen laaa....
Macam x caya je ada kawan ak yang dah jadi isteri orang..
Sampai2 je, kitorang serbu bilik pengantin..
Teruja jugak tengok dia dok tggu suami dia..
Siap bergambar2 haaa...Amik berkat!!!!!
Hahaha
Masing2 mule berkira2, lepas ni giliran sape la plak kan..
Saspen jee..

Ok, pastu g umah senior mase sekolah dulu..
Kak Nazatul Aziah..
Dia pon dah kawin..
X sangke akak tu ingt ak lagi..
Ingat lagi mase dok asrama dulu, same2 latih sajak dengan dia..
Lembut je dia..
Cantik sangat2..
Sama cantik sama padan la ngn suami dia..

Emm,cakap pasal sama cantik sama padan ni kan, teringat la org dulu2 cakap..
Kalo muke sama, ada jodoh la tuuu..
Kalo tengok muke Umai n suami dia tadi pon memang sama laaa...
Siyess...same..
Kak Aziah ngn suami dia pon same..
Emmm..
No komen laa..(Sambil cube memadankan wajah kami, sama ke??=p)
Kehkehkeh


Ok la...
Sebenarnye x tau nak cite ape..
Ni main taip je ape yg rase2 nak cakap..
Tapi sebenarnye ak nak cite pasal keterujaan ak yang amat sangat sbb kawan ak dah kawin
Tapi x terkeluar plak mood dia..
Ayat pon kaku n kejang je..
Tangkap muat je la..
Lagi pon, ngah x ada ketenangan sekarang ni..
Umah ak ngah bergegar2 ngn lagu-lagu yang tah hape2..
Jiran sblh umah ak buat majlis kawin esok..
Jadi umah ak jadi tempat letak speaker n DJ..
Waduhhhh, pening paleeee...
Kuat glerrrrr...

Ok, tata sume!!!
.....(^_^).....

Monday, November 29, 2010

Acekelim!!!!!

Assalamualaikum..
Salam Mahabbah buat para pengunjung..
Buat pertama kali ak tulis 2 entry dalam sehari..
Wahh, mood berblogging ngah meluap2 ni..
Layanzzzz je laaa..

Bukan ape..saje nak cite.
Hari ini, ada perkara pelik berlaku dalam hdup ak..
Ntah nape ttb arini datang satu idea yang relevan lagi konkrit menerjah ke dalam kepala ak..
Untuk pengetahuan korang kan, ak ni mmg bukan jenis yg minat berniaga..
Memang la kalo ikut sunnah, nabi meniaga kan..
Tapi, ak x minat la...
Yang peliknye kan..arini tah ttb je ak dapat idea nak berniaga..
Cehh..bukan la sampai nak bukak syarikat ke hape..
Stakat meniaga kecil-kecilan je..
Nak jual ice kream je..hehe

Gambar di atas adalah hiasan semata2


Ice kream buah...
Lalu idea ak yg mantap lagi hebat ni ak kongsi ngn adik ak yang paling matang di dunia yang masih sekolah dalam darjah 1..hahaha
Maka, bermula la episod merancang..
Ak dapat bayangkan mcmne adik ak ni nanti berkempen ke sana ke mari untuk mempromosikan ice kream jualan kakaknya..
Hahahaha, kompem laku sbb adik ak ni pandai cakap...
Macam2 idea keluar daripada perkongsian minda kami berdua..
Nak jual ice kream buah la, nak jual roti ice kream la, nak jual kopok lekor la, nak jual rojak la..
Wahhh, bukan main banyak lagi kan..
Tapi ngh semangat2 merancang jualan tadi, ttb kuar idea yang paling pintar drpd adik ak ni..
"Kak Da, kite jual tilam nak??"
Hahahahahahaha...
Dah kate rakan kongsi ak ni budak umur 7 tahun....
Terpaksa la mendengar idea nya tu dgn penuh minat dan bersemangat demi menjaga hati dan menghargai kesudiannya untuk sama2 berniaga..
Wahahaha...

Semangat tu kami bawa bersama untuk diusulkan kat mak..
Yela, kene la tanye mak dulu kan..
Tapi, hampanyeeee...Mak kate...
"Tak payah la...kan ada jiran kita dah jual..Nanti takot dia marah plak kita potong line dia"
Pas tu adik ak yg td pon cakap..
"Ala mak...dia jual ice kream biase je..Kak Da nak jual ice kream buah.."
Mak kate lagi..
"X payah laaa...."
Emmm....nampaknya hasrat kami terkubur..
Ingat nak isi masa cuti sem ni ngn berniaga, tapi x ada peluang kan..
Mak x bg, nak buat mcmne..

X pe, x dapat berniaga pon x pe..
Sekurang2nye idea berniaga ni dapat ak jadikan bahan tok wat entry mcm yg korang bace ni..

Ok la..itu je nak cakap..
Tata
~Sekian~

Bersyukur..

Assalamualaikum buat semua..
Waahhh, dah terlalu lama Sang Ratu x update blog
Ceh, sekarang dah gunekan kata ganti nama Sang Ratu plak..
Barulah glamorr ckett..
Kehkehkeh..

Ok, waktu ni hujan sedang turun membasahi bumi Melaka..
Agak lebat dia mencurah seolah2 memujuk kami rakyat Melaka yg diamuk kepanasan dan kerimasan cuaca beberapa hari yang lepas..
X ksah la....
Hujan kan bawa rahmat..Alhamdulillah...
Saat hujan lebat mcm ni, Sang Ratu mula terfikirkan sesuatu..
Mungkin dalam kedinginan angin yang menyapa saat ni, ada insan2 yang sedang kelam kabut mencari barang2 yang boleh dijadikan tadahan air yang kian membanjiri teratak usang mereka...
Mungkin ada juga sebilangan anak kecil yang sedang berteduh di bawah rimbunan pokok sambil memegang semangkuk jasa hasil jualan nasib dan air mata mereka..


Mungkin ada juga ibu yang sedang berkeliaran meredah derasnya hujan mencari anaknya yang hilang..
Mungkin saat ni, ada sang suami yang sedang menangisi pemergian isteri tercinta ke alam Baqa'..
Mungkin terdapat juga air mata si kecil yang berguguran lantaran menjadi saksi perpisahan kedua ibu bapa mereka..
Macam2 kemungkinan yang berlaku di luar sana..
Sedangkan di sini, Sang Ratu selesa berteduh tanpa terkena sepercik air hujan..
Sang Ratu gembira duduk di samping keluarga tercinta...
Alhamdulillah...

Tiba2 terasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia..
Kadang2, untuk mensyukuri nikmat yang ada pada kita..
Kita perlu melihat ke bawah, bagaimana insan2 lain berhempas pulas mendapatkan keselesaan seperti kita..
Mungkin untuk mengambil pengajaran daripada kisah hidup mereka..
Kerana..kita tidak akan selama2nya berada di atas..
Kadangkala kita juga akan berada di bawah seperti mereka..
Belajarlah menjadi seorang hamba yang bersyukur..
InsyaAllah ketenangan akan bersama kita..

p/s : Juga perlu belajar untuk bersabar.. Mana mungkin kita akan bersyukur jika tiada sifat sabar dalam diri..

Sekian~Renungan untuk diri dan semua..
Tata Comel

Saturday, November 20, 2010

Kisah Seorang Cikgu

Assalamualaikum
Salam Ukhuwah dan Salam Mahabbah

Mula2 skali, ak nak ucapkan mekasyehhh banyak2 buat korang yang sudi berkunjung ke blog ni..
Kunjungan korang kat blog ni betul2 buat ak rase dihargai..
Walaupon blog ni x la seberapa sgt, entry nye tah hape2..haha
Tapi thanks la untuk sape yg sudi membace..

Pape pon, kali ni ak nak kongsi cket cite..
Asalnye ni pengalaman mak ak mase sekolah dulu..
Mase mak cite kat ak pengalaman2 dia ni, ak pon dapat inspirasi untuk jadikannya sbg entry blog untuk kali ni..
Lame x update..

Citenye macam ni..
Waktu mak form 2 dulu..
Ada sorang cikgu laki..
Mak kate, cikgu laki tu kan..
Mulut dia ada jahat cket..Err..Mcm kasar je bunyinyee..
(Bahasa yg baik cket, cikgu tu agak kurang sopan cket tutur katanya)
Cikgu ni suke usik n buli2 kawan pmpn mak ak ni..
Ak bg name kawan pmpn mak ni....emm...Hasnah la ea..
Cikgu ni tiap kali masuk kelas, dia slalu buli Hasnah..x tau la nape..
Satu hari, mase cikgu laki ni masuk kelas..dia buli2 Si Hasnah ni lagi..
Cikgu tu kate.."Eeeee, x ada sape yg nak duduk sebelah Hasnah kan...Dah la Hasnah &*^#@!^...Dah la Hasnah *&^%$#.."
So, budak2 yg lain pon gelakkan Hasnah...
Tapi Hasnah diam je...dia senyum je...mungkin dia malu
Tapi x tau nak buat ape, dia hanya tersenyum kelat je..
Hanya Allah je yg tau ape yang dirasakan dalam hatinya waktu tu..

Esoknye, Hasnah x datang sekolah..
Cikgu ni pon pelik...
Ttb, ada sorang jiran sekampong Hasnah bgtau..
"Hasnah dah meninggal, cikgu..Semalam mase dia balik sekolah, dia kemalangan.."
Satu kelas terdiam..
Cikgu laki td tu terkelu dan terkedu..
Mungkin dia terkilan dan rase bersalah sebab baru semalam dia mengusik Hasnah..
Cikgu tu tanpa sedar mengalirkan air matanya di hadapan kelas..
Kesal dengan ketelanjurannya tanpa sempat memohon kemaafan dari Hasnah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::Moral Of The Story::
.::.Secebis Pengajaran Untuk Diri Sendiri Dan Kawan2.::.

~Sesungguhnya, solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya untuk Mu
Namun, untuk Kau menerima ak di sisiMu bergantung juga dengan tatacara ku bersama makhlukMu yang lain..~

Hargailah mereka di sekeliling kita selagi kita berpelunag melakukannya..
Berbuat baiklah pada makhluk Allah yang lain..

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ، وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ.

Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Al-Zalzalah: 8-9)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian, Si Comel..ngee~

Monday, November 15, 2010

"Awak Sangat Berharga"

Salam sume
Ape kabonye keadaan fizikal, perasaan, iman dan mental korang??
Harap2nye sihat slalu lah ye..

Haaaa
Kali ni, ak sekadar nak dedikasikan suatu ucapan untuk mereka yang ak sayang selain family..
Ucapan tu ialah..."Awak Sangat Berharga"
Hehehe
Tapi ak x nak la spesifikkan pada sape..
Yang mane macam kene je ngn diri tu...boleh la anggap macam ak tujukan untuk korang ea..
Kalo korang syok sendiri pon, ak x ksah...
Ak janji x kan gelak sambil guling2..
X de sape2 yang tau..
Komprom!!!
(Komprom tu same ngn kompom..hahaha..perkataan ni kawan ak yg kenalkan)

Ok..
Yang pertama...
Emm, ape nak gelar dia ek..
Emm..
"Someone"
Waaahhhhh...terbaik gelaran ni..hahaha...
Haaa, kenape ak nak dedikasikan "Awak Sangat Berharga" kat "someone" ni..
Sebab...sebab...
Emm... X ada sebab yang spesifik sebenarnya..
Tapi yang ak tau...Ak nak sangat bgtau kat dia yang "Awak Sangat Berharga"
Haisyyy..ape senyum sorang2 tuuu
Terase kerr??
Hehehehe

Yang kedua...
Member skola..
Yang ni nak spesifikkan..
Antara member ak ni..Yana, Maisya, Farahin, Izwan, Fiza, Krie...
Korang memang layak la nak dapat dedication ni..
Sebab ape taw..Sebab korang best..
Walaupon pale kita lain2 bentuk, lain2 saiz, lain2 fesyen, lain2 otak n lain2 pemikiran
Kita tetap 'sekepale'
Wahahaha...kate lain2 ea,tapi sekepala..mcmne tu..
Alaaa,faham kan..
Ececececeee,buat2 x faham plak...ketok kang...
Ok2, sambung balik..
Masing2 ada perangai n personaliti sendiri
Unik betol..
X kering gusi kalo jumpe korang..
Tapi kan...jujur ak kate..
Ak sayang kat korang..
Ngn korang, ak bebas jd diri sendiri..
Korang pon boleh je terima ak seadanya kan..
Walaupon agak pening dengan "ketidakfahaman" ak..
Korang tetap layannnn je...
Wahahahaha...
Itu sebabnye la..."Awak Sangat Berharga"

Seterusnya...mestilah LOLIPOP ak!!!!
hahahaha..
Hai lolipop...
hehehe..
Nape agaknye ye ko dapat dedication ni..
Sebab kan, ko slalu je muncul waktu ak ada masalah..
Dah tu sanggup plak ko tadahkan telinga dengo ak membebel waktu ak marah,
Dengo ak gelak kuat2 waktu ak senang ati..
Dengo ak melalak waktu ak sedih..
Kite pon banyak kongsi cerita..
Cerita ape tu ye...hahaha...cerita baekk punyeee..
Hahaha...
Bak kate ko..Walaupon x kenal lame, tapi dah mcm berabad knal..
Walaupon ada yang kate kita macam2, x ksah la..
Yang penting..
"Ak kenal ko, ko kenal ak, kite kenal kite"
Terima Kasih banyak2 sebab jadi kawan baik ak..
Semoga ko bahagia slaluuu...

Haaa..lagi sape ye...
Alololoooo..
Kawan ak yang tersayang..
Tah bile kita berkawan
Tah macam mane kite boleh baik
Tapi walau tah bila n macam mane skali pon
Ko memang kawan yang baik
Ak suke kawan ngn ko
Siyes...
Ak x tipu...
"Awak Sangat Berharga"


Yang terakhir..
Sahabat2 seperjuangan ak..
PIBA Tahun 2 name dia sekarang..
Akan datang name dia jadi PIBA Tahun 3 n Tahun 4..
Hahahaha
Mmg ak x pernah duga akan ada kawan2 dr pelbagai negeri..
Ada loghat yg macam2..
Jenuh jugak nak memahamkan ape yg korang cakapkan awal2 dulu..
Kene banyak tanye.."Ape maksud dia??"
Hahahaha..
Kalo malu bertanye sesat jalan kan..kan..kan..
Masing2 pon ada personaliti sendiri..
Ada yang pemalu, ada yang sempoi, ada yang kejap pemalu kejap tidak (ke ada yang x tau malu langsung jugak???..=p)
Ada yang sopan, ada yang lemah lembut, ada yang x berapa nak lembut tapi lembut jugak sebenarnye (kehkehkeh)
Haaaa, macam2 ada...
Sama2 la kita kenal hati budi masing2
Orang cakap, kawan2 kat universiti ni biasenye kekal..
Harap2 mcm tu lah ye..
Nah..amik ni...
"Awak Sangat Berharga"

Ok..
Itu je nak cakap..
Yang mane ak x spesifikkan name korang kat salah satu drpd mereka yang di atas,
Nah.."Awak Tetap Berharga"
(^_^)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya, pengembaraan kita dalam hidup ni masih jauh dan panjang selagi hayat dikandung badan..
Dalam pengembaraan tu, banyak perkara yang kita tempuhi,
Banyak ujian akan kita hadapi..
Juga..Banyak orang yang bakal kita temui..
Mereka yang kita temui tu umpama watak2 yang terdapat dalam sebuah penceritaan kehidupan kita ni..
Setiap daripadanya memainkan peranan yang tersendiri dalam memaknakan penceritaan tu..
Ada nilainya yang tersendiri..

Ada watak antagonis dan protagonis...
Biasa lah, kehidupan..
Kenapa agaknya Allah ciptakan manusia di sekeliling kita..
Kenapa agaknya kita perlu kenal dengan orang yang macam2 ragam..
Kerana..Allah nak menguji kita..
Manusia juga ujian untuk manusia yang lain..
Bersyukurlah jika kita berjumpa dengan manusia yang baik..
Jangan pula dikesalkan kalo kita jumpa dengan manusia yang kurang menyenangkan ati kita.. Sebab Allah nak bg kita pahala sebenarnya..
Sememangnya banyak kebaikan di sebalik kepahitan dan kesakitan..
Hanya mata hati yang tidak tidur sahaja yang mampu melihat semua tu..
Semoga kita tergolong dalam golongan tu, InsyaAllah....
"AWAK SANGAT BERHARGA"


Sekian
~Tata Comel~

Thursday, November 11, 2010

Hello..hello...

Assalamualaikum....
Semoga korang sume sihat dan sejahtera selalu lah ye

Alhamdulillah
Sampai Melaka sudaaaaaa...

Setibanya di Tol Ayer Keroh, perasaan tu kembali...
Emmm..
Tengok suasana Melaka je..
Tengok jalan kat Melaka je..
Tengok lampu2 kat Melaka je..
Tengok ape2 je la yang ada kat Melaka..
Hati ak ni rase bahagia sangat...
Aman je...
Selamat je rase..
Lega je..
X tau la nape tapi tu la hakikatnyeeee...
Betul kate orang
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"
Ke mana je ak pergi, balik negeri sendiri lah yang paling best..

Pape pon, alhamdulillah..
Yang penting selamat sampai..
Terima kasih kepada yang mendoakan..

Buat kawan2 yang masih menghitung saat dan ketikanya untuk kembali ke kampung halaman
Atau yang ngah on da way..
Diharapkan keselamatan dan kemudahan mengiringi kalian..
Elok2 jalan ye..
Jage diri baik2 sepanjang cuti..
Tak mau lasak2 sangat..
Semoga Allah izinkan kite jumpe lagi pada Sem yang akan datang..
InsyaAllah

p/s: Buat Si Dia yang jauh di mata..Salam Sayang!!
Cehwahhhh...(blushing!!!)
Wahahahaha

~Tata Comel~
Semangat!!!
(exam dah habiss daaaa)

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Aku...(Sesuai ke tajuk ni..??...Kehkehkeh)

Salam sume

Gumbira rasa hati ku
Wahahaha
Hari ni bersamaan 10/11/10 merupakan hari kemenangan ak n rakan2 seperjuangan berjihad di medan peperiksaan untuk sem 1 tahun 2 ni..
Alhamdulillah...
Bersyukur x terhingga ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya yang memberi kesempatan kepada ak untuk menghabiskan dan mengharungi semester ini dengan baik dan bersemangat...

Nak kate dah beres sume keje tu, x la jugak.
Asalnye dah siap
Tapi disebabkan kemurahan hati Mejar Jasmy yang menjanjikan markah penuh kalo kami baiki sikit2 lagi,
Maka digagahkan lah jua JERI yg ada ni hah untuk memperbaiki dan memantapkan lagi esemen tekno tuuu...
X ksah laaa... Emosi ngah baik ni...Layan jeee...
Hahaha..

Panjang pulak mukaddimahnye ye..
Sebenarnya, ak nak cakap lain..
Ak nak hadiahkan sekalung apresiasi kepada pensyarah2 ak yang banyak membantu dalam proses menuntut ilmu..

Mintak maaf banyak2 kalo terlanjur kate,
Main2 kat kelas,
Datang lambat,
Makan dalam kelas,
Ter x puas hati,
Berhujah ttg esemen..(Ehe, sori sgt2 taw Mejar...)
Senang cite..mintak maaf banyak2 ye...
Emmmm...
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan pula...
Kepada kawan-kawan baik pula....
Kepada kawan tersayang ak pula...

Terima kasih banyak2 sebab mewarnai hidup ak pada sem ni dengan pelangi2 indah yang menenangkan dan membahagiakan...
Suka duka dalam mengharungi kehidupan kita pada sem ni x akan ak lupakan sebab sem ni mmg mencabar sgt la bg ak..
Yang akan datang tu x tau la kan..

Banyak perkara yang ak belajar sem ni..
Banyak sgt...
Proses mematangkan diri masih giat berlaku sungguh pun usia dah menjangkau 21 tahun..
(Bajet 21 tahun tu dah matang la konon ea...)

Alhamdulillah...
Ok, nak bersiap..
Nak g PTSL untuk mengerjakan esemen tekno untuk yang keberapa kalinya...
Wahahahaha....

Tata sume...
~Comel~

Friday, November 5, 2010

Ceritaku..Cerita Kehidupan..

Salam sume..
Agak lame jugak kan ak x update blog ni..
Emm,ok lah...
Kali ni ak nak cite cket..
Cerita ttg fenomena yang sering berlaku dalam kehidupan kita..

Beberapa hari yang lepas
Ketika sedang berFB,
Aku terjumpe la sorang kawan lama..
Bukan sorang ni je sebenarnye tapi ramai lagi..
Emm
X tau nak cakap ape..
Melihat gambar2 yang dipaparkan dalam album2nya
Aku mula terfikir
Memang betul iman manusia ni boleh bertambah dan berkurang
Memang betul apa yang diperkatakan selama ini bahawa
Allah akan memberikan hidayah itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Allah juga akan mencabut hidayah itu daripada sesiapa yang dikehendakiNya

Bukan nak mengata atau mengaib atau mengeji..
Tapi ak cuma terkilan dan terkejut..
Dulu ada dalam kalangan kawan2 ak tu,
Tudungnya sampai ke lutut..
Bajunya labuh, longgar dan besar2 belaka...
Tapi sekarang
Dah free hair..
Siap colourful plak tu..
Yang lagi x sangka..
Pakaiannya..
Gaun bertali halus..
Sendat..
Aksi2nya pulak...
X payah cakap la..
Saling berpelukan dengan kekasihnya..
Posisinya sangat 'erat' plak tu..
Yang paling ak menyampah, ada sorang kawan ak ni siap puji...
"Cantik la ko sekarang"
"Macam artis laa"
"Wow, sweet couple!"

Makin suke la kawan ak sorang ni dipuji mcm tu..
Makin bertambah la koleksi gambar2nya..
Emm..
Kalo x melampau, kalo x keterlaluan..
Ak x kan kata apa2..
Tapi....tapii
Sebenarnya..
Ak terkilan...
Yela kan..
Kawan sendiri...
Kawan ak sendiri...
Kawan yang sama2 diacu dalam sekolah aliran agama..

Bukan nak cakap ak baik
Sememangnya ak sedar yang ak ni biase je..
Masih perlu bimbingan dan nasihat..
Tapi alhamdulillah..
Senakal2 ak..
Sekepoh2 mulut ak ni pon...
Alhamdulillah..
Ak rase
Allah masih sayang kat ak..
Mak cakap..
Kalo kita SEDAR..
Kalo kita MASIH DAPAT MERASAKAN
Bahawa iman kita telah berkurang,
Amalan kita makin sedikit jika dibandingkan dengan yang sebelumnya,
Itu bermakna kita masih diberi hidayah oleh Allah..
Supaya kita perbaiki diri kita..
-------------------------------------------------------------------------
::Moral Of The Story::
Yang baik x selama2nya baik..
Yang jahat x selama2nya jahat..
Yang nampak cantik dan baik diluar
X bermakna isinya secantik dan semanis yang dibayangkan..
Yang nampak buruk diluar
X bermakna isinya sejelek dan sepahit yang disangkakan..
Berbaik sangkalah pada semua orang..
Serahkan saja semuanya kepada Allah..
Hidayah tu milik Allah..

Berdoalah supaya kita semua tidak terputus daripada rahmat dan kasih sayang Allah...
Semoga sahabat2 kita diluar sana juga mendapat hidayah daripada Allah..
Aamiiiiin..
--------------------------------------------------------------------
Hadoiiii...
Bukan main serius lagi post ak kali ni...
Hahahaha...
Huh, bestnye dapat gelak....

(^_^)
~Tata Comel~