BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

Kompang dipalu, pengantin baru!!~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sume...

Alhamdulillah
Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kawan2 sume..

Pada entry kali ni, Ida nak buat kupasan buku/kitab..=)
Bulan lepas Ida ada berbincang sesuatu dengan kawan Ida..
Mungkin ada yang terfikir, hal bulan lepas tapi baru ni nak jadikan entry??
Haha, Ida ni mmg mcm ni..
Kalo ada perkara yang Ida rase Ida kurang faham, kurang jelas, belum dapat jawapan, belum membuat rujukan semula, Ida akan dok pikir je perkara tu sampai Ida dapat jawapan..
Alhamdulillah, sekarang Ida dah dapat jawapan bagi persoalan dalam perbincangan tersebut..
So, Ida nak share lah ngn kawan2 sume..
Kami berbincang tentang salah satu adat yang biasa masyarakat kita lakukan dalam majlis perkahwinan iaitu Majlis Persandingan..
Ida dengan kawan Ida ni mula bincang pasal hal persandingan ni lepas ternampak gambar seorang ustaz kami yg baru melangsungkan perkahwinan..
Ada la majlis bersanding..
Kawan Ida ni berkata (lebih kurang mcm ni lah ye) :" Ustaz ni pon bersanding?? Ish ish ish.."
Ida terfikir, berdosa ke bersanding?? Apa yang Ida tau bersanding tu hukumnye harus sepertimana yang Ida dah belajar dalam Syariah sewaktu Tingkatan 5 dan Tingkatan 6..
Entah macam mana, hari ni Ida selongkar kotak buku2 sekolah, terjumpa Buku Pengantar Fiqh yang Ida gunakan sebagai rujukan sewaktu Tingkatan 6 dulu2..
Ida pon cepat2 bukak bab Munakahat, tajuk Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan.


Meh Ida kongsikan dengan kawan2 tentang hal adat bersanding sepertimana yang telah dikupas dalam buku ni ye..Ida bg ringkasan dia..

Ok, sume msti tau ape tu bersanding kan??
Ke ada yg x tau??
Bersanding ni menurut pengertian bahasa ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami isteri yang baru dikahwinkan di atas satu pentas khas yang dihias indah..
Kenapa pulak nak bersanding??
Haaa, antara tujuan bersanding ialah :
1. Untuk menjadi ingatan atau kenangan kepada pasangan pengantin pabila hari tua.
2. Meraikan perkahwinan anak-anak yg biasanya berlangsung sekali seumur hidup.
3. Memperkenalkan pengantin kepada masyarakat.
4. Mengisytiharkan perkahwinan

Seterusnya, yang paling penting Ida nak share ngn kawan2 ialah PENDAPAT ULAMA' TENTANG ADAT BERSANDING.
Wolopun upacara dan amalan bersanding tu x ditentukan dalam syarat perkahwinan serta bukan perkara wajib, namun Mufti Kerajaan Malaysia telah bersepakat mengHARUSkan amalan bersanding dengan syarat tertentu :
1. Majlis tersebut x ada sebarang unsur2 yang bercanggah dengan agama.
2. X melampau dan berlebihan
3. X ada unsur maksiat seperti tari menari dan nyanyian.
4. Mengadakan persandingan secara tertutup untuk muhrim pengantin lelaki dan muhrim pengantin perempuan.
5. Kalo nak diadakan secara terbuka, pengantin mestilah memakai pakaian yang menutup aurat.

Bagi yang nak bersanding, permintaan family nak tgk majlis persandingan diadakan, boleh je...
Tapi, mstilah x bercanggah dgn syara' dan x lari daripada hukum harus tu..
Majlis tersebut hendaklah dimulakan dan diisi dengan bacaan doa selamat, bukannye dengan nyanyian org yg terpekik2..Buat sakit telinga jeee...
Hadirin yang nak menolong n mengikuti majlis tu pon kene jaga aurat n batasan.. Contohnye yg merewang (bahasa jawa ni, bahasa melayu ape ek...tolong2 tuan rumah buat persediaan majlis), yang kendarat ( ni pon bahasa jawa jugak la rasenye..maksudnye kendarat ni dia tolong waktu hari kejadian..tolong senduk nasi, tolong kutip pinggan kotor)..Golongan2 ni msti lah jaga perlakuan, jgn sampai menimbulkan fitnah..Haa, itu untuk hadirin.
Yang untuk pengantin pulak, pengantin kene jaga aurat.. Pakaian tu jangan terdedah sane terdedah sini..
Suami awak tu baru je sehari nikah ngn awak, dah dapat dosa free sbb awak dedah aurat..
Cian suami awak haaaaaaaaaa....
Dan yang terakhir, tujuan..
Niat untuk memperkenalkan pengantin kepada masyarakat, sahabat, keluarga dan jiran tetangga..Bukan untuk bermegah.. Niat tu penting ok..

Fuh, penat la jugak menaip panjang2 ni..
Sampai sini aje la ye..
Harap bermanfaat..
Assalamualaikum comel~

5 Luahan:

MENCARI SINAR said...

(^_^)....

....iDa WaiDa.... said...

....(^_^)

Najmi Ahmad said...

bagusss...baguss...cantekk entry anda..

....iDa WaiDa.... said...

iyeee..terima kasehhhh najmi ahmad..

karimi said...

so nice... thanks for information...