BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

Kasih Sayang Yang Tak Berpenghujung


Cube Hayatinye........

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah ,ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku tergamam,lidahku kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!".."Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria......

Monday, October 5, 2009

REFLEKSI MICROSOFT ACCESS

Assalamualaikum...
Post terbaru kali ini,saya akan membentangkan kepada anda tentang bagaimana untuk kita merekodkan sesuatu maklumat khususnya kepada insan-insan yang bergelar pendidik dengan menggunakan Microsoft Access....
Jadi,jangan buang masa lagi...
Ayuh kita mulakan dengan langkah yang pertama..!!!

Langkah 1:
Klik "start" pada paparan hadapan skrin komputer anda.













Langkah 2:

Setelah itu,klik pada "Microsoft Access".













Langkah 3:
Kemudian,klik pada ruangan "blank database".












Langkah 4:
Setelah itu,di bahagian kanan skrin anda akan terdapat gambar "folder".Klik pada gambar itu untuk membuat fail menyimpan maklumat.












Langkah 5:
Namakan fail yang ingin anda buat dengan nama "maklumat".Kemudian klik "ok".Semua maklumat ini akan si simpan di dalam pendrive.

Langkah 6:
Setelah itu,masukkan maklumat peribadi para pelajar yang merangkumi nama,alamat,nombor telefon dan sebagainya.Kemudian,right klik pada "add new field" dan klik "rename coloum".Masukkan semua maklumat hingga lengkap.Bagi Microsoft Access,setiap maklumat yang telah dibuat hendaklah disimpan dengan cara klik pada gambar "disket" di bahagian atas kiri skrin komputer anda.













Langkah 7:
Klik "create" dan "table" untuk membina jadual maklumat baru seperti maklumat peperiksaan dan kokurikulum.Ulang langkah 6 dan langkah 7 bagi membuat maklumat tersebut.













Maklumat peperiksaan:












Maklumat kokurikulum:












Langkah 8:
Seterusnya,bagi menghubungkan kesemua maklumat yang telah dibuat tadi,anda hendaklah klik pada "database tools" dan klik pula pada "relationship".












Kemudian,untuk menghubungkannya,klik ID kotak pertama,tanpa melepaskan klik tersebut,bawanya kepada ID kotak kedua sehingga muncul tanda "+" dan lepaskan klik.Klik "create".Ulang langkah yang sama dengan menghubungkan ID kotak kedua dengan kotak ketiga.












Langkah 9:
Seterusnya adalah langkah untuk membina borang maklumat para pelajar.Klik "create" dan "more forms" kemudian pilih "form wizard".












Langkah 10:
Pilih "table" bermula dengan peribadi.Di ruangan bawah,pindahkan semua maklumat peribadi termasuk ID ke ruangan sebelah kanan dengan klik pada tanda ">>".Kemudian,pilih table maklumat peperiksaan dan kokurikulum dan ulangi langkah td tetapi pada pemindahan 2 maklumat ini,pindahkan satu demi satu dengan klik pada ">" tanpa memindahkan ID.Klik "next","columnar","next",memilih template,"next",taipkan perkataan "borang" dengan menggunakan huruf kecil dan yang terakhir klik "finish".












Langkah 11:
Kemudian penuhkan maklumat pelajar di borang yang tersedia.Untuk mengedit borang,klik pada "home" dan "view".












Langkah 12:
Setelah maklumat para pelajar dimasukkan pada borang,klik "refresh all" untuk memastikan maklumat pada borang telah masuk pada ketiga-tiga jadual yang telah dibuat tadi.












Langkah 13:
Untuk membuat jadual pertanyaan pada jadual yang telah dibuat,klik "create" kemudian "query wizard".Klik "simple query" dan klik :ok".












Masukkan maklumat-maklumat yang hendak ditanya seperti nama,ID dan lain-lain.Pindahkan maklumat dari sebelah kiri ke sebelah kanan.Klik "next" dam kemudian "finish".












Langkah 14:
Seterusnya,jika hendak membuat laporan kokurikulum,klik pada "create" dan klik juga pada "report".












Maklumat-maklumat tersebut sudah tersedia pada laporan yang ingin anda buat.Anda cuma perlu edit untuk mencantikkan laporan tersebut.Ulangi langkah yang sama jika ingin membuat pertanyaan atau laporan tentang maklumat yang lain.













Setiap jadual yang telah hasilkan akan tersenarai pada bahagian kiri skrin komputer anda.Selamat mencuba!!!!!

Monday, September 7, 2009

MICROSOFT EXCEL

Hai kawan2......
Kali ni saya nak ajarkan anda tentang bagaimana caranya merekodkan markah para pelajar sekolah dengan menggunakan microsoft excel..
JOM BELAJAR!!!!!!!!

Langkah 1:
Klik microsoft office pada paparan start menu komputer anda.















Langkah 2:
Kemudian,klik pada microsoft office excel 2007.














Langkah 3:
Setelah laman microsoft excel dibuka,anda hendaklah mengisi beberapa maklumat pelajar seperti nama pelajar,subjek,markah dan gred.














Langkah 4:
Sebelum mengisi gred bagi markah pelajar,anda terlebih dahulu dikehendaki membuat jadual gred di sebelah paling kanan maklumat pelajar anda seperti yang tertera pada gambar.
Cara yang pertama ialah,highlight jadual yang telah anda bina dan klik butang formula.
Kemudian,klik pula pada butang define name untuk menamakan jadual gred tersebut.
Taipkan perkataan gred pada ruangan name yang diberi.
Kemudian klik ok.














Langkah 5:
Setelah menamakan jadual gred tadi,kini,boleh lah anda memasukkan gred para pelajar anda.
Caranya ialah,klik pada ruangan sebelah markah kemudian klik butang formula.
Seterusnya,klik insert function di sebelah atas kiri paparan komputer anda.
Klik vlookup dan klik ok.














Langkah 6:
Seterusnya,klik pada markah yang berada di sebelah ruangan gred tadi.
Isi perkataan gred di petak table_array.
Kemudian,isikan nombor 2 di ruangan col_index_num.
Selepas itu, taipkan perkataan true pada ruangan range_lookup dan selepas itu klik ok.














Langkah 7:
Bagi meneruskan penentuan gred markah para pelajar yang di bawahnya,anda hanya perlu menghighlightkan ruangan yang telah diberi gred sehingga ke markah yang terakhir.
Dengan itu,gred bagi setiap markah bagi subjek itu akan keluar.














Langkah 8:
Isikan kesemua maklumat gred pada subjek-subjek yang lain mengikut langkah2 tadi.














Langkah 9:
Kini,cara untuk mendapatkan bilangan pelajar yang mendapat gred A,B,C,D dan E.
Klik pada ruangan kosong di sebelah Gred A,kemudian klik fx dan pilih countif.














Langkah 10:
Sila lengkapkan ruangan range dengan klik pada gred sehingga muncul garisan putus2 dan tetapkan menariknya pada gred yang terakhir.
Pada ruangan Criteria pula,masukkan gred yang hendak dijumlahkan,contohnya "A".
Selepas itu klik ok.














Langkah 11:
Ulang langkah yang sama bagi mendapatkan jumlah gred yang seterusnya.

MICROSOFT POWER POINT

Kawan-kawan,adakah anda tahu menghasilkan power point yang mempunyai pautan?? Saya yakin,pasti ada dalam kalangan anda yang masih belum mahir menghasilkannya. Justeru,saya akan menerangkan langkah-langkah menghasilkannya.. JOM.......


Langkah 1:
Klik pada start menu




















Langkah 2:

Klik pada microsoft power point.













Langkah 3:
Kemudian klik view pada paparan di hadapan anda.












Langkah 4:
Kemudian klik pada slide master.















Langkah 5:
Anda dikehendaki memilih slide-slide utama yang anda mahu.
Anda boleh la menghias slide anda dengan memasukkan design samada diambil pada design atau anda boleh uploud daripada komputer anda.
Kemudian,klik pada close master view.















Langkah 6:
Sekarang,anda boleh menaip apa-apa yang anda kehendaki pada slide-slide yang telah anda pilih di slide master tadi.















Langkah 7:
Anda mahu buat pautan kan??
Mula-mula,anda perlu copy slide yang anda mahu pautan padanya.
Selepas itu, anda perlu klik pada butang slide show untuk set slide show anda.















Langkah 8:
Kemudian,klik pada set up slide show.















Langkah 9:
Anda dikehendaki memasukkan nombor-nombor slide utama anda ( tidak termasuk nombor -nombor pada pautan anda ) pada ruangan yang telah dibulatkan.
Selepas itu,klik ok.















Langkah 10:
Ok....
Sekarang kita buat pautan ye...
Mula-mula,anda perlu highlight perkara yang anda ingin pautkan.
Kemudian,anda klik pada butang hiperlink.















Langkah 11:
Seterusnya,klik pada place in this document.















Langkah 12:
Klik la pada nombor slide pautan anda kemudian klik ok.
Ulang langkah yang sama pada baki pautan yang anda ingin buat.